Sajat tak kisah dikecam netizen, Aliff kongsi berita gembira isterinya hamil


Usahawan kosmetik, Nur Sajat, tidak kisah dikecam oleh netizen kerana menyanyi dan dia sudah sedia maklum dengan apa yang bakal berlaku. 

Menurut Sajat, apa yang penting baginya ialah, publisiti yang diterima untuk lagu duetnya bersama Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman diterima ramai. 

"Bagi Sajat sendiri, view dan publisiti yang diterima lebih penting daripada 'like' atau 'dislike'. 

"Masa mula-mula ditawarkan berduet pun perkara pertama yang saya tanya ialah, 'tak taku kena kecam ke?' tapi hanya senyuman yang diterima. Jadi saya setuju sajalah," katanya. 

Sajat juga berkata, dia tidak begitu kisah dengan komen-komen netizen dan sedar bukan semua orang suka dengan apa yang dibuat olehnya. Malah dia tidak mampu nak memuaskan hati semua pihak dan menganggap golongan netizen mengecamnya seperti tiada 'life'. 

"Jadi, Sajat ambil pendekatan tidak kisah dan lebih menjaga hati ibu bapa dan orang yang sayangkan Sajat sahaja," katanya. 


Sementara itu, Datuk Seri Aliff Syukri tidak menyangka Sajat mempunyai ramai 'haters' di media sosial sehingga menyumbang jumlah dislike yang tinggi pada muzik video pertama Abang Nak Tegur.

Mengulas mengenai insiden Sajat merajuk dan berkecil hati ketika menjalani penggambaran muzik video di luar negara, Aliff menegaskan dia tidak berniat, malah apa yang berlaku juga bukan gimik yang sengaja dicipta. 

Jelas Aliff, dia sebenarnya tertekan apabila begnya dicuri pada hari pertama berada di negara orang dan secara tidak sengaja memarahi Sajat. 

"Hari pertama penggambaran dah kena rompak. Takkan kes polis pun saya nak buat drama? Saya ada laporan polis. 

"Sejujurnya ia bukan drama semata-mata atau sengaja nak timbulkan kontroversi. Sepanjang berada di sana saya sedih, mungkin terlalu tertekan menyebabkan secara tidak sengaja saya memarahi Sajat. 

"Tetapi netizen mengecam saya seperti kami melakukan zina di sana," katanya. 



Bagaimanapun, Aliff dan Sajat sudah pun berbaik dan kedua-duanya dilihat menyanyikan lagu Abang Nak Tegur bersama dengan isteri Aliff, Datin Nur Syuhada dalam majlis pelancaran single terbarunya Abang Nak Tegur versi 2.0 di Flora Terrace, Kuala Lumpur. 

Dalam masa yang sama, Aliff juga memaklumkan berita gembira isterinya kini sudah hamil tiga bulan dan menganggap rezeki cahaya mata itu berkat dari mengambil dua anak angkatnya. 



from The Reporter http://ift.tt/2B0p2qc
via IFTTT