'Sebagai wanita, saya terasa dengan Aliff' - Sajat


Nur Sajat mengakui dia memang terasa hati dengan Datuk Seri Aliff Syukri yang memarahinya ketika menjalani penggambaran muzik video Abang Nak Tegur di Sepanyol, baru-baru ini, lapor mStar Online

Sajat berkata, tindakan pengasas D'Herbs itu seperti tidak menghargai usaha dan pengorbanannya meninggalkan kerja hanya untuk menjalani penggambaran muzik video itu. 

"Memang saya terasa hati dengan Datuk Seri Aliff bila dia marah saya di hadapan umum. Mungkin waktu itu kami tertekan dan penat dengan cuaca sejuk lagi. 

"Saya menangis sebab rasa seperti pengorbanan saya tinggalkan kerja di Malaysia untuk menjalani penggambaran di Sepanyol tidak dihargai," katanya. 

Bagaimanapun, kedua-duanya telah bertemu sejurus kembali ke Malaysia dan bermaaf-maafan dan menafikan insiden itu sengaja dilakukan bagi tujuan mempromosi lagu duet mereka. 

Sajat juga memuji sikap Aliff yang tidak menyimpan perasaan marah dan senang berterus-terang. 


"Selepas itu, Aliff ada memohon maaf pada saya dan isterinya juga ada menghubungi saya untuk berbincang mengenai perkara itu. Semuanya dah selesai dengan baik. 

"Ia bukan drama yang kami sengaja cipta. Aliff seorang yang berterus-terang, dia tak suka simpan apa yang dia rasa dan itu sangat bagus. 

"Tak elok kita simpan perasaan marah atau sakit hati. Biar lepaskan saja terus. Saya pun faham perasaan dia bila begnya dicuri pada hari pertama," katanya. 


from The Reporter http://ift.tt/2ksSFtZ
via IFTTT