Thirdhand Smoke, asap rokok meletak pada permukaan bahan-bahan indoor hasilkan toksik berbahaya terutamanya pada kanak-kanak


Jika sebelum ini kita dimaklumkan bahawa secondhand smoke juga boleh memudaratkan manusia terutamanya kanak-kanak, kini anda perlu mengetahui akan bahayanya thirdhand smoke. Penjelasan dari doktor ini akan menjawab persoalan, mengapa pihak berkuasa berusaha memastikan sesetengah kawasan itu bebas dari asap rokok. 

Kepada mereka yang suka merokok di dalam rumah, tandas, tangga kecemasan, kedai makan, anda perlu hentikan tabiat itu dan terus berhenti dari merokok. Jangan mementingkan nafsu anda sehingga mengorbankan golongan yang tidak berdosa. Semoga bermanfaat.

TAHUKAH kalian, selain perokok dan secondhand smoke, ada juga istilah thirdhand smoke? 

Thirdhand smoke terjadi apabila saki baki nikotin dan bahan kimia dari rokok melekat pada permukaan bahan-bahan indoor yang akhirnya bereaksi dengan bahan tersebut membentuk bahan toksik kepada manusia. 

Bahan campuran toksik ini juga mengandungi bahan-bahan penyebab kanser yang akhirnya dihidu oleh manusia. Ia berbahaya terutamanya kepada kanak-kanak. 

Contohnya asap melekat di dinding, pakaian atau perabot. Lama kelamaan, reaksi kimia menghasilkan bahan toksik campuran yang berbahaya. 

Oleh kerana itu, matlamat kami adalah untuk membentuk persekitaran bebas rokok. Bukan hanya orang berhenti merokok. 

Kami mahu persekitaran bebas asap rokok dan orang awam bebas dari menjadi mangsa secondhand dan thirdhand smoke. 



from The Reporter http://ift.tt/2Bpa15r
via IFTTT