Bagi mereka yang sedang merancang percutian bersama orang tersayang dan keluarga, bolehlah rujuk perkongsian dari Nur Natasha yang menyenaraikan 20 tempat-tempat percutian menarik. Semoga bermanfaat!
1. Lempuyang Temple di Bali, Indonesia
Ada orang panggil tempat ini sebagai "The Gateway to Heaven". Boleh sentuh awan gitu. Pura Lempuyang ini berada di puncak Gunung Lempuyang. Dalam 1,175m dari aras laut. Jadi kalau nak pergi, bawa baju tebal dan stamina yang kuat.
2. Blue Lagoon, Iceland
Aktiviti geothermal di sini sangat mengagumkan sampai terbentuklah spa. Siap ada kolam air panas semula jadi berwarna biru kehijauan. Di sin, beg plastik untuk pakaian basah, shower, hair dryer dan macam-macam kemudahan lagi dah tersedia.
3. Hot Air Balloon Cappadocia, Turkey
Kos naik hot air balloon di sini di antara yang termurah kalau nak dibandingkan dengan negara lain. Aktiviti ini wajib buat kalau pergi Turkey.
4. Stoneage di Salisbury, United Kingdom
Ini lebih kepada port bergambar. Tumpuan batu besar melingkar ini sudah wujud sejak dari zaman dahulu kala lagi.
5. Love Lock Paris di France
Ini ala-ala seperti di Bukit Bendera. Kuncilah cinta korang dengan partner masing-masing. Jangan disailang!
6. Tembok Besar China
Ini best! Salah satu keajaiban dunia ini. Naiklah a few checkpoint yang larat. Korang akan dapat sijil tau.
7. Eiffel Tower di Paris, France
The city of love gitu. Kalau datang berdua, naiklah Eiffel Tower ini sampai ke puncak. Lihat pemandangan bandar Paris dengan angin sepoi-sepoi, nak pula masa itu tengah nak sunset. Wow! 'Yang, jom pergi!'
8. Northern Light, Sweden
Aurora Borealis. Sukar nak jelaskan bagaimana aurora ini terhasil. Yang pasti ini sangat rare! Tengok aurora menari di depan mata.
9. Fushimi Inari Shrine di Kyoto, Japan
Dikenali seabgai tempat suci yang terkenal di Jepun. Attraction dia kayu-kayu oren ini disusun yang dikenali sebagai torri sepanjang jalan ke Gunung Inari. Masuk percuma, so wajib pergi!
10. Grand Canyon, Amerika
Di sini ada Skywalk. Kalau berani bolehlah cuba. Pemandangannya sangat awesome weh! Boleh pergi sebab tempat ini pun rare.
11. Pulau Jeju, Korea Selatan
Pulau Jeju menjadikan percutian pantai lebih mengujakan dengan tawaran pemandangan pulau yang indah dan sejarah yang menarik. Sekiranya anda begitu menghayati alam semulajadi, Pulau Jeju adalah pilihan yang bijak.
12. Jambatan Golden Gate, San Francisco
San Francisco menawarkan banyak mercu tanda yang terkenal untuk dikunjungi. Menjadi lokasi penggambaran untuk banyak filem Hollywood terkenal. Jangan ketinggalan untuk melompat di atas laluan tram ikonik ini.
13. Gullin, China
Jangan lepaskan peluang untuk melihat keindahan cahaya matahari terbenam di kawasan padi bertingkat di Longsheng. Bandar ini terkenal dengan pembentukan Karst (batu kapur yang terhakis) yang mempamerkan pemandangan indah ketika anda belayar ke Sungai Li.
14. The Hobbit House - Being Somewhere
Menjadi tempat penggambaran filem Hobbit dan Lord of The Ring. Yang menariknya tempat ini sebijik dengan apa yang kita tonton dalam filem itu. Dua jam perjalanan dari Auckland. Berbaloi untuk pergi, lebih-lebih lagi jika anda peminat filem berkenaan.
15. Lofoten Islands, Norway
Pemandangan di sini tersangat-sangatlah cantik dan menakjubkan. Kalau pemandangannya sahaja tidak cukup bagi anda, di sini juga ada Rost Reef iaitu terumbu karang air laut yang paling besar di dunia!
16. Hinatuan River, Mindanao, Filipina
Sungai berwarna biru picture-perfect ini sudah semakin dikenali. Namun pelancong tidaklah sepadat di tengah bandar. Ianya merupakan tempat yang sangat ideal untuk berenang dan snorkeling. Malah ia juga dikenali sebagai 'Enchanted River'.
17. Aogashima, Japan
Pulau yang begitu hijau ini terletak beratus-ratus batu dari tanah besar Jepun dan didiami oleh hanya sekitar 200 orang penduduk. Ianya merupakan antara pulau guning berapi yang paling cantik dan yang paling menghairankan adalah betapa hijaunya pulau ini.
18. Crooked Forest, West Pomerania, Poland
Hutan ini dinamakan dengan nama 'Crooked Forest' kerana bentuk pokok-pokok pinusnya yang pelik. Kenapa dan macam mana pokok-pokok di sini boleh tumbung melengkung, tiada siapa yang tahu sebab yang jelas.
19. Huacachina, Peruvian Desert, Peru
Kawasan di tengah-tengah padang pasir yang subur dan mempunyai air serta tumbuhan disebut sebagai oasis. Bunyi macam pelik saja kan? Tetapi tempat sebegini memang wujud dna salah satu oasis yang paling cantik di dunia ada di Peru.
20. Darvaza Gas Crater, Turkmenistan
Darvaza Gas Crater ini sebenarnya merupakan medan gas asli di Derweze, Turkmenistan yang telah diruntuh ke dalam secara tidak sengaja oleh jurutera petrokimia Soviet, lalu menjadi sebuah kawah gas asli.
Sumber: Nur Natasha
from The Reporter http://ift.tt/2mYk8VC
via IFTTT