'Biasalah orang sana mana tahu pakai teknologi' - Gadis kecewa dengan sikap pemandu Grab pandang rendah orang Sabah
Menjadi satu kebiasaan apabila pemandu pengangkutan awam seperti teksi, Grab atau Uber untuk berbual dengan penumpang. Biasalah, masyarakat Malaysia ini agak peramah orangnya.
Tetapi dalam satu insiden baru-baru ini di mana seorang gadis yang berasal dari negeri di bawah bayu, Sabah, kesal dengan tindakan seorang pemandu Grab yang seperti memandang rendah terhadap rakyat Sabah.
Dalam perkongsian Hania di Twitternya Jumaat lalu, pemandu berkenaan terlebih dulu bertanya tentang asal usulnya. Setelah mengetahui penumpangnya berasal dari Sabah, lelaki itu bertanya pula apakah wujud perkhidmatan pengangkutan Grab di negeri itu.
Hania menjawab perkhidmatan itu juga ada di negerinya, tetapi kata-kata lelaki itu pula amat mengecewakan.
"Tapi tidak banyak kan? Biasalah orang sana mana tahu pakai teknologi alam maya ni. Orang sini saja yang banyak tau," kat lelaki berkenaan dan Hania hanya mendiamkan diri.
Setelah sampai di destinasi, bagaikan tiada rasa bersalah, pemandu itu meminta Hania memberikannya rating lima bintang.
"Not going to happen plus saya tidak tau ouh teknologi begini. Adios," kata Hania.
Kata-kata Hania itu menyebabkan lelaki berkenaan berkata sesuatu dalam bahasa mandarin dan Hania percayai mungkin lelaki itu memaki hamunnya.
"Saya sudah lali dengan kejadian seperti ini. Paling teruk pernah kena semasa sambutan kemerdekaan di universiti di mana saya dan rakan senegeri sedang mengibarkan bendera Malaysia, tiba-tiba sekumpulan lelaki datang dan merampas bendera itu dan kata,
'Orang bukan Malaysia tidak layak kibar bendera Malaysia.'
"Ketika saya baru saja mahu membalas kata-katanya itu, saya ditarik oleh rakan-rakan kerana mereka tidak mahu keruhkan lagi keadaan.
"Paling lucu semasa kami sedang makan dan datang seorang individu bertanya kami berasal dari mana. Kemudian saya dan rakan-rakan yang lain menjawab kami orang Sabah. Selepas itu dia kata,
'Ouh aku seorang je la ni orang Malaysia'
"Tersedak terus aku bha. Budu betul. Selepas itu ada lagi insiden semasa ditanya oleh pakcik teksi.
'Orang Sabah? Jadi, datang sini naik apa?'
"Saya bilang saya naik bas, percaya juga itu orang. Pedulilah kau sana. Kadang-kadang ada yang sengaja buat beigtu tetapi apa bole hbuat kan? Wake up people, it's 2018!
"Saya dulu, subjek Geografi PMR dapat C, subjek Sejarah SPM dapat B+, tapi setakat negeri-negeri dalam Malaysia ini, tidaklah juga bodoh bha, saya tahu juga.
"Siapa ada pengalaman terkena insiden seperti ini? Mesti ramai kan, lagi-lagi mereka melanjutkan pendidikan bukan di negeri sendiri. Kawan-kawan saya di Pahang juga pernah terkena," tulisnya di Twitter.
Susulan tweetnya itu viral meluas di media sosial, ada segelintir netizen yang mengecam Hania yang didakwa tidak bersikap profesional apabila pemandu Grab berkenaan meminta Hania memberikannya lima bintang bagi perkhidmatan yang telah diberi.
"Ada yang cakap saya tidak profesional sebab saya jawab Grab Driver begitu. I am being polite by only saying or should I say fireback what he said to me tho? A proper way to answer orang yang minta rate 5 stars after a rubbish thing he said. Sekurang-kurangnya saya tidak maki dia.
"What do you suggest me to answer tho bila kau tengah kibar bendera Malaysia dengan bangganya sambil nyanyi lagu jalur gemilang, then suddenly ada yang snatch bendera itu dari tangan kau dan kata 'Orang bukan Malaysia tidak layak kibar bendera Malaysia'? Siapa-siapa pun jika berada dalam situasi ini pasti akan terasa.
"I was being patient. Bila cakap (hidup) atas pokok bagai, saya boleh terima lagi. Tetapi bila orang rampas bendera Malaysia dari tangan kau dan anggap kau macam pendatang, jelaskanlah kepada saya bagaimana saya patut respon dengan situasi seperti itu?
"I am a girl, what else can I do? Cakap bagus-bagus? 'Abang kenapa bha kau begitu bang?'. Kalau ikutkan hati, nak saja saya tendang mereka tetapi itu bukanlah cara yang baik. Jadi rakan-rakan tarik saya keluar dari situasi itu," katanya.
Hania berharap tweetnya yang viral itu dapat menyedarkan orang ramai bahawa tiada sesiapa yang patut diberi layanan seperti itu di negara sendiri.
Hania juga tidak kisah jika ada yang tidak bersetuju dengannya dan tidak akan terkesan dengan komen-komen negatif netizen.
from The Reporter http://ift.tt/2n7Kwwt
via IFTTT