"Salam KRT. Semalam birthday saya, suami beli sebiji kek dan hadiahkan beg Louis Vuitton (LV). Tadi saya keluar jalan-jalan dengan kawan dan saya pakai beg LV itu. Tiba-tiba kawan cakap beg ini fake.
"Saya sedih min. Birthday saya, suami hadiahkan beg fake macam ni. Saya ingatkan beg LV yang diberi ini dia beli dengan harga RM4,000+.
"Perlukah saya merajuk dan buat muka? Sedih sangat," demikian luahan seorang isteri di laman Facebook Kisah Rumah Tangga (KRT).
Bagaimanapun, luahannya itu dikecam oleh netizen yang menganggap wanita berkenaan tidak bersyukur dan terlalu materialistik.
"Elok suami kau bagi beg set jenazah kat kau dik. Barulah kata cinta sampai jannah. Sebab kau pun bolehlah sila meninggal. Orang dah bagi hadiah pun bersyukur sajalah," - Rosezanah Rose Cuckoo.
"Untunglah dia beli. Kau ni bodoh ke bangang? Meh laki kau aku nak ngorat," - Alwani Kamarulzaman.
"Oii, aku pakai beg pasar malam RM15 saja kak. Bukannya ada beg lain. Tapi beg itu yang aku paling selesa nak usung ke sana sini. Nilai beg itu tak penting pun sebenarnya. Yang penting dalam beg itu berkepok-kepok! Bersyukur sudahlah. Dari pakai beg RM4,000+ tapi di dalamnya hanya ada 40 sen, tak ada guna juga," Nurazila Sulaiman.
"Berat masalah sis ni. Saya cadangkan sis pergi buat report kepada KPDNKK, kemudian laporan itu bawa ke balai polis berhampiran untuk buat laporan polis. Selepas itu sis boleh terus submit borang cerai ke pejabat agama dan kepilkan report-report berkenaan sebagai rujukan untuk memudahkan proses penceraian.
"Dalam seminggu dua mungkin akan dibawah ke mahkamah kes ini. Dan dalam tempoh tersebut, sis jangan duduk di rumah, check in di mana-mana hotel. Takut berdosa derhaka buat muka pada suami.
"Panjang pula penerangan. PM nombor sis kepada saya untuk hantar lukisan saja. Bongok punya perempuan WeChat," - Mayzatul Nazirah.
Terimalah dengan baik apa saja pemberian orang. Jangan dipandang pada ketulenan dan harga barangan yang diberikan, sebaliknya pandanglah pada usaha seseorang itu mendapatkan hadiah untuk kita.
from The Reporter http://ift.tt/2rSB7xg
via IFTTT