'Dia guna gambar saya buat akaun WeChat palsu untuk uji kesetiaan suami dia' - Hilang tender gara-gara difitnah bercinta dengan isteri orang
Mangsa, Affan Mustaqim, bekerja sebagai pegawai bomba turut dikuarantin di balai selama dua hari dan perlu memberi penjelasan kepada majikannya mengenai kes tersebut.
"Oleh kerana kes fitnah itu, saya kena buang tender contract setahun sebagai photographer, videographer dan modelling. Esok kena menghadap Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia untuk memberi keterangan kepada pengarah JBPM Pulau Pinang.
"Selain itu perlu dikuarantin di balai selama dua hari kerana tidak dibenarkan keluar daripada kawasan bertugas dan tidak membenarkan menghubungi sesiapa melainkan majikan.
"Oleh kerana Diana telah memfitnah saya menggunakan gambar saya dan membuat akaun palsu untuk mencemarkan maruahd dan nama saya sehingga melibatkan kes polis, sekarang saya terpaksa menjalankan proses untuk saman fitnah," katanya yang turut menawarkan ganjaran RM150 bagi mana-mana individu yang dapat mencari wanita berkenaan.
"Berkenaan dengan kes saya didakwa mengganggu rumah tangga orang, iaitu Najib dan isterinya, Diana. Semalam 20 Jan jam 7 pagi saya berada di Manjong, ada tugas untuk buat video dan foto birthday party.
"Jam 9 pagi saya mendapat panggilan dari balai saya mengatakan ada dua orang lelaki yang mencari saya dan mendakwa saya mengacau isteri orang. Saya terus tinggalkan kerja saya dan cari orang yang boleh menggantikan kerja saya dan saya terus pulang ke balai.
"Kes ini kes berat kerana ia melibatkan isteri orang dan kes polis. Kes ini berkaitan dengan WeChat. Ada individu menggunakan gambar saya untuk buat akaun palsu. Kes ini sudah kali keempat berlaku di mana gambar saya disalahgunakan.
"Kes pertama hingga ketiga diselesaikan begitu sahaja kerana mereka tahu itu adalah akaun palsu. Dalam kes keempat, suami kepada Diana membuat laporan polis pada 20 Januari (Sabtu).
'Terima kasih pernah muncul dalam hidup Affan. Andai dapat Affan putarkan masa dunia, akan Affan perbaiki kesilapan Affan. 16.6.2016 memories kita' - Fake akaun
"Saya minta nombor telefon dari majikan saya, tetapi tidak diberi sebab dia kata jangan ikut emosi. Mana mungkin tak ikut emosi? Kes ini melibatkan nama saya. Saya tak buat tapi nama saya kena jual.
"Majikan suruh saya bertenang dan akan tetapkan masa untuk kami berjumpa. Hari ini (Ahad) kami sepatutnya berjumpa tetapi nama dan gambar profil akaun palsu itu bertukar menjadi Zainab.
"Dan laporan polis kedua dibuat oleh lelaki itu yang menarik balik laporan polis terdahulu dengan rela hati kerana kes sudah diselesaikan dengan cara baik.
"Yang buat akaun palsu ini sebenarnya adalah isteri lelaki itu sendiri. Alasannya dia mahu menguji kesetiaan suami pada dirinya.
"Kepala ***** awak Diana! Awak boleh buat cara lain lagi nak uji kesetiaan suami awak. Awak jual nama saya. Saya suruh awak datang tapi tak datang. Saya nak saman awak pun tapi kasihan tengok muka suami awak.
"Saya harap perkara ini menjadi pengajaran kepada semua orang dan jangan guna gambar orang lain untuk buat akaun palsu," katanya.
from The Reporter http://ift.tt/2F1sz94
via IFTTT