'Dua minggu pertama bekerja, I dah mula rasa nak give up' - Dari gred 17 dia study senyap² dan akhirnya jadi PTD
Dari jawatan kerana N17 ke jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD), perkongsian wanita ini memberi inspirasi kepada golongan belia tentang kepentingan pendidikan. Usahanya untuk mendapatkan ilmu bagi memajukan dirinya juga perlu dijadikan sebagai contoh. Bukannya menjadi kaki kipas atau menggunakan 'orang dalam' untuk berjaya.
Meskipun dia kini tidak lagi berkhidmat dalam sektor kerajaan, namun pengalamannya itu wajar dijadikan sebagai contoh kepada golongan belia agar tidak berhenti dari terus menimba ilmu. Semoga perkongsian dari Nadia Jumaat ini bermanfaat untuk semua.
I mula bekerja di sektor kerajaan ketika berusia 19 tahun. Waktu itu I menjawat jawatan N17 di pusat pentadbiran kerajaan persekutuan, Putrajaya.
Pada masa itu juga, I sangat sakit hati sebab I tak nak kerja tetapi kak long paksa juga I atas alasan itu adalah 'peluang keemasan'. Awak berusia 19 tahun, dapat tawaran kerja dengan kerajaan. Gila tak nak? Tetapi, kenapa I tak nak?
- Majoriti kawan-kawan I masuk Matrik
- Sebab I rasa I belum puas enjoy
- Sebab I rasa sia-sia study betul-betul, scored well in SPM (11 A1. 183)
- I kena pindah dari Sabah ke Putrajaya
Seriously, dua minggu pertama bekerja I dah mula rasa nak give up. Masa itu I rasa macam I am not in this place. Just like I am living in someone else's life. Being 19 and awak kena kerja dengan orang yang sudah 10-20 tahun bekerja. Topic of discussion totally berbeza. Seperti awak mahu bercakap tentang New Boyz, mereka pula bersembang tentang 4U2C. Hahaha!
I cakap dengan mak yang I nak berhenti kerja. Saya stress. Jadi mak tanya, "Kakak nak buat apa kalau kakak berhenti?". I kata I nak study.
"Kakak sabar dulu. 2-3 tahun dah confirm jawatan, baru kakak buka hal ini semula," kata mak.
But the rebellious side of me kept on saying NO! I nak pursue my study juga. But apparently NO. Boss I pula kata, "You nak study, kena confirm jawatan dulu".
But me is being me. I silently register for STPM, for independent candidate. Hahaha! Waktu itu I dah set masa I betul-betul. I cuma kerja sebagai kerani pada waktu siang tetapi di sebelah malam pula I ada kelapangan. Jadi I ambil STPM tanpa pengetahuan sesiapa kecuali kakak I. Gila kan?
Budak-budak STPM study one and half years, I only study all four subjects in 7 months. Waktu STPM itu, tahun 2006. I ambil cuti rehat untuk 10 hari. I beritahu boss yang I nak balik kampung. Tetapi yang sebenarnya I pergi ambil peperiksaan STPM. Alhamdulillah, I skor 3.7 untuk STPM.
Tahun 2007, I pesan pada diri I, I need to be at least, sama dengan my batch mate. So kalau diorang ambil degree, then I kena ambil degree juga.
So waktu itu I sekali lagi rebel, I applied silently, Bachelor in Public Management from UUM. Alhamdulillah lepas.
Since I kerja weekdays, so memang tak akan menganggu kelas I pada weekend. Then again, independently. I arranged jadual I betul-betul, tried to make sure tiada sesiapa pun yang tahu. Tetapi ada je senior I di unit lain yang tahu. Hahaha.
For that three and a half years (2010) I berjaya survived dan dapat degree! Alhamdulillah and again I dapat kepuasan sebab I am technically tak ada jauh sangat beza graduation day dengan batch mate I. Tapi apa yang I puas hati ialah, I managed to bayar yuran guna duit sendiri.
So then I decide untuk berehat seketika. Kebetulan waktu itu ada temuduga untuk jawatan M41. It was like after three weeks I graduated. I dapat panggilan interview untuk jawatan PTD. Empat bulan kemudian (Mac 2011), Alhamdulillah I dapat kerja PTD.
The whole office terkejut sebab diorang tak tahu I ada degree. So i pun join and luckily I ditempatkan di Putrajaya. So dekatlah dengan rumah yang I duduk waktu itu.
I kerja di sana then I rasa boring. So again I sambung study. Hahaha! I applied Master di UPM dan kali ini I independent lagi. Hahaha! I tahu, I tak boleh nak sambung study selagi I tak confirmed jawatan, tetapi lantaklah. I study juga, I took class mode totally sebab dekat dengan rumah I. Then tak affect my work load and yes I managed to finish my master on time too. Alhamdulillah.
2014 I graduated dan I pun dah confirmed jawatan and advantage for me sebab I masih ada Cuti Belajar yang I tak pernah guna. Jadi apa yang I buat? I applied for PHD and now guys, I am about to finish my PHD. InshaAllah, this semester.
p/s: I cuma flashback the journey since 2006. How I felt to start the expedition, how to walk the talk.
The key is: Know yourself, trust yourself, have faith.
By the way I dah tak kerja di sektor kerajaan lagi. I kerja swasta dah, gaji lebih besar. Hahaha! I berhenti kerja sebab I dapat offer dari satu syarikat besar yang kebetulan pemiliknya adalah classmate I sewaktu ambil PHD. Dia tawarkan bayaran gaji yang agak besar. Campur dengan elaun, I dapat around 3.5 kali ganda daripada gaji I kerja dengan kerajaan dan waktu itu around RM2,000+ je.
The end. I hope I answer all the questions.
Sumber: Nadia Jumaat
from The Reporter http://ift.tt/2BenRml
via IFTTT