Hidup berjiran, perlulah menjaga hati dan perasaan sesama jiran. Walaupun anda rapat dengan jiran atau jiran nampak baik jenis pendiam bagai, jangan pula cuba mengambil kesempatan.
Viral di group Facebook gambar sebuah kereta Perodua Myvi yang diparkir melebihi kawasan depan rumah jirannya. Apa yang lebih teruk, pemandu Myvi berkenaan memarkirkan keretanya begitu rapat dengan kereta jiran.
"What do you think of this? Myvi gold ini milik jiran. Nasib baik kami letak kereta di luar rumah kami sendiri, kalau tidak, tak dapat keluarlah jawabnya.
"Tengoklah ruang yang ada di depan rumah mereka. Rela mereka parkir begini berbanding parkir di depan rumah mereka sendiri," tulis Ywi.
Sementara itu, ada netizen yang menganggap pemilik Myvi berkenaan tidak melakukan sebarang kesalahan.
"Okey je, no fault done by your neighbour. Korang tengok gambar pertama, ambil dari kiri memang nampak macam lepas line. Kalau gambar last, nampak macam ngam-ngam. Hahaha!
"Biasalah hidup berjiran, kena bertolak ansur. Still boleh dimaafkan tu. Owner pun park luar juga," tulis Mohammad Fauzi.
"Ya, memang kami park kereta di luar tetapi di depan rumah kami sendiri dan tidak menganggu laluan sesiapa seperti mana yang mereka lakukan ini jelas sekali tidak bertimbang rasa.
"Boleh park di luar rumah tetapi tolonglah sedar, jangan park kereta seperti mana yang mereka buat ini," jelas Ywi.
Menurut Ywi lagi, dia sudah membuat teguran dengan cara baik tetapi perkara yang sama masih berlaku.dan kejadian ini bukan kali pertama.
"Kami dah tegur banyak kali dengan cara baik. Ini bukan kali pertama mereka buat begini. Kami dah bertolak ansur banyak kali, tetapi setiap manusia ada had kesabarannya sendiri," jelasnya.
Perkara seperti ini tidak akan berlaku sekiranya masing-masing faham apa erti bertolak ansur. Bagi sesetengah orang, masalah ini mungkin remeh kerana mereka yang menganggap perkara ini remeh adalah sebahagian individu yang seringkali melakukan perbuatan ini.
Apalah salah parkir kereta di depan rumah sendiri dengan elok tanpa menyusahkan jiran dan tanpa menjadikan jalan yang sepatutnya dua lorong menjadi satu lorong.
Sedarlah sebelum terlambat, jangan sampai jiran hilang kesabaran dan berlaku sesuatu yang tidak diingini.
from The Reporter http://ift.tt/2DpYAeO
via IFTTT