Bayi perempuan dirogol, didera dan dibunuh selepas diculik dari bilik hotel ibu bapanya


Seorang bayi perempuan berusia 13 bulan ditemui mati dalam tangki air sebuah hotel di Colombia, lapor Daily Mail

Dalam kejadian di Hotel El Bostezo di bandar Florence, Caqueta, pasangan suami isteri berkenaan hanya menyedari anak mereka hilang dan tiada berada dalam bilik sebaik saja bangun dari tidur sebelum melancarkan gerakan mencari mangsa. 

Mangsa akhirnya berjaya ditemui namun dalam keadaan yang sudah tidak bernyawa di dalam sebuah tangki air hotel tersebut. 

Susulan kejadian itu, polis telah menahan seorang lelaki yang dipercayai telah menculik mangsa.  Polis percaya, suspek yang tinggal di hotel yang sama telah menculik mangsa sebelum dirogol, didera dan dibunuh. 

Sementara itu, nenek mangsa bersedih menerima perkhabaran itu dan mahu menuntut keadilan bagi pihak mangsa. 

Pemilik Hotel El Bostezo, Jose Hernandez berkata, pada hari kejadian itu pengawal keselamatan yang bertugas telah tertidur dan tidak menyedari kejadian itu. 




Ketua Polis Caqueta, Javier Navarro berkata, mayat mangsa telah dibawa ke hospital untuk dibedah siasat bagi mengenal pasti punca kematiannya. Pihaknya juga sedang menyoal siasat suspek dan memerlukan sedikit masa untuk mengumpul bukti dan menyelesaikan kes tersebut. 


from The Reporter http://ift.tt/2EFjLsV
via IFTTT