'Cikgu boleh mati, tau tak?' - Ya Tuhan, mengucap panjang baca mesej dalam WhatsApp group kelas anak
Perkara-perkara seperti ini menimbulkan persoalan netizen, apakah perlu atau wajarnya mewujudkan WhatsApp group sekolah anak jika ramai ibu bapa berperangai seperti ini? Baca dan hadam pandangan dari wanita ini berhubung isu tersebut. Semoga golongan ibu bapa yang berkenaan muhasabah diri.
INI snippet dari WhatsApp group kelas Darjah Satu. Minta maaflah kalau dalam ini ada parents yang jenis begini. Tetapi saya nak ajar korang sesuatu tentang courtesy.
Pertama sekali guys, ini hari Sabtu. Hari Sabtu, cikgu-cikgu pun nak berehat daripada sesak kepala mengajar anak-anak korang sepanjang lima hari seminggu. Lima hari melayan anak, tujuh hari melayan ibu bapa. Cikgu boleh mati, tahu tak?
Kedua. WhatsApp group yang dibuat oleh cikgu-cikgu ini bertujuan untuk korang maklumkan perkara-perkara kecemasan kepada cikgu. Contohnya seperti anak korang tak dapat datang kenapa dan yang sewaktu dengannya.
Bukannya untuk korang bertanya semua kerja sekolah yang cikgu dah beri pada anak-anak semasa di sekolah. Kalau semua korang nak tanya balik, lebih baik cikgu tak perlu beri arahan kepada anak-anak korang. Baik cikgu WhatsApp korang awal-awal dalam group saja senang.
Ajarlah anak-anak mendengar dan cuba mengikut arahan. Biarkan anak-anak make mistakes so they learn. Jangan sikit-sikit tanya buku ini apa, buku itu apa, kerja sekolah mana nak buat, sorry cikgu anak saya tak sempat siapkan kerja sekolah sebab tertidur, dia penat pergi sekolah agama.
For goodness sake, ajar anak bertanggungjawab di atas perbuatannya sendiri. Korang sebagai ibu bapa bagus memahami anak tetapi bukan sikit-sikit be apologetic on behalf of your kids. Korang tahu anak-anak penat itu fine.
Tetapi kalau dia tak siapkan kerja sekolah dan kena marah dengan cikgu, you should let that just be. Kau cuma beri sokongan moral yang betul kepada naka-anak di rumah. Tak payah reasoning dengan cikgu. Cikgu tahu itu semua dan diorang pun ada anak dan tahu semua pupils undergo the same thing. Jadi tak payah explain beria.
Selepas itu;
"...Eheh sorry mintak maaf semua. Anak baru Darjah 1 tak ada experience.."
Stop this nonsense lah. That's the thing. Experience kau kena kutip dan belajar. Sebab itu namanya experience. Kalau semua nak kena suap, tang mana yang kau nak experience sangat itu?
Ketiga, kau tak reti tengok jam ke apa? Waktu maghrib pun kau bertanya di dalam WhatsApp group. Kau bersembang pula sesama ibu bapa bertanya tentang kerja sekolah anak. Sikit pun kau hormat cikgu kelas dalam group itu.
Kalau nak bermesra acah-acah parents yang baik antara satu sama lain, buatlah WhatsApp group asing. Buat khas untuk kau dan ibu bapa jenis kau untuk bersembang. Leave the class teacher alone.
Keempat, kau baca tak dia tanya apa di atas itu?
"...Siapa tau bulan Mac cuti berapa hb?"
Mengucap panjang saya baca. WhatsApp group ada maksudnya android kau ada. Kalau kau malas nak download apps calendar, Google pun kau tak reti ke macam mana? Subhanallah lah mak bapak.
Kelima, saya tak snapshot soalan one parent atas lagi. Kau tahu dia cakap apa?
"..Cikgu, anak saya tak sempat siapkan homework Maths. Boleh tak cikgu tolong tanyakan dekat cikgu Maths kerja apa dia bagi, kalau boleh tolong snap lepas tu pm pada sy ye. Tq.."
Ya Tuhan, kau ingat itu semua jobscope cikgu ke nak melayankan kau saja? Saya sumpah tak tahu nak cakap apa bila tengok parents begini. Serius.
Itu kalau kata anak terbawa balik buku kawan, mesejlah ibu bapa budak itu. Kalau tak tahu nama, pesan saja pada anak pulangkan semual buku itu. Itupn nak kena ajar ke? Itu belum lagi yang buat pengumuman;
"..Ada sesiapa yang terambil botol air / buku / pensel anak sy tak?.."
Hebohnye! Dulu parents saya simple saja. Saya dah belikan, awak hilangkan. Pandai-pandailah awak nak hidup. Ibu bapa awak bukannya cop duit. Dari situ barulah anak-anak belajar untuk menjaga harta benda dia. Tak pula ibu bapa saya pergi sekolah lalu bertanya di kelas. Jauh sekali nak pergi bertanya pada ibu bapa kawan-kawan saya. Parah nau jadi parentsnya pun.
Selepas itu dia buat pula group bersembang nak jadi suri rumah lah bagai. Parents lain pula sambut hahahaha. Cikgu tak reply apa pun. Cuti pun kau nak tanya cikgu, punya pemalas nak check. Lepas itu kau ajak bergelak ketawa.
- Tak kelakar langsung.
- Nak bersembang pergi kedai kopi la woi.
Belum lagi yang jenis check cikgu dan baca ke tak. Bila found out cikgu dah baca tetapi tak reply, lepas itu tanya,
"..Cikgu, dah baca tu mintak tolong reply ya. Kesian anak saya nanti.."
Gila, gigih. Go eat and dielah. Ingat gomen bayar ke elaun telefon cikgu-cikgu ini nak balas semua mesej korang? Bayarlah wei!
Saya faham korang semua ini competitive. Saya faham korang semua nak anak-anak pandai sampai takut anak kena marah dengan cikgu. Tetapi berpada-padalah. Dulu ibu bapa saya tak pernah pergi jumpa atau telefon cikgu bertanya tentang kerja sekolah. Jadi je saya ni manusia ha. Elok saja.
You people should stop spoonfeeding your children. Ajar anak-anak untuk berani menerima akibat daripada perbuatan masing-masing. Saya tak cakap yang saya bagus dalam soal mendidik anak. Tetapi sekurang-kurangnya saya tidak pernah tak nak dan inshaAllah tidak akan menyusahkan cikgu-cikgu anak-anak saya kalau perkara itu perkara kecil.
Saya selalu berpesan pada anak-anak saya;
"..Mama faham awak penat. Kalau awak tak siapkan kerja sekolah awak sebab awak penat, pun Mama tak salahkan awak. Tapi kalau cikgu awak marah sebab awak tak siapkan kerja sekolah, awak kena tanggung akibat dia. Tu je.."
Saya faham sukarnya melihat anak-anak penat kemudian perlu buat kerja sekolah sampai lewat malam terlentok-lentok. Tetapi itulah kehidupan. Kita dulu pun begitu juga. Kalau ikut, kasihan. Mungkin tak pergi sekolah dah anak-anak saya itu. Tetapi nak anak jadi apa kalau tak pergi sekolah? Sekolah tempat belajar, jadi biarkanlah anak-anak belajar.
Sebagai ibu bapa, berikan sokongan, kasih sayang mengikut cara yang betul. Sayang anak biar berpada, tolong jangan jadi parents batak. Cikgu benci, tahu tak? Manalah cikgu tak hilang sabar. Saya bukan cikgu pun berangin saja baca.
Maka buat mereka yang bakal menjadi ibu bapa kepada anak-anak darjah satu atau yang sedang mengandung lalu bakal parents, tolong tanam dalam hati azam untuk menjadi parents yang tak batak, okey.
Baru satu kelas tu, bayangkan cikgu nak melayan berapa banyak kelas lain dengan 40 pasang parents yang bermacam-macam ragam setiap kelas. Semak.
Sumber: Shahida Nafishah Jamaludin
from The Reporter http://ift.tt/2EjO3hu
via IFTTT