'Dia datang terus tumbuk dan tuduh ayah aku cuba culik cucunya sendiri'


Seorang lelaki ditumbuk dan dituduh cuba menculik cucunya sendiri dalam kejadian yang berlaku pada 16 Februari lalu di Paradigm Mall. Dalam kejadian yang tidak disangkakan itu menimbulkan rasa kesal anak mangsa yang tidak faham dengan tindakan beberapa lelaki bertindak melulu dan menuduh bapanya tanpa sebarang bukti. 

Ekoran dari kejadian itu juga, mangsa mengalami lebam di bawah mata dan kini, anak mangsa, Fh Firdaus meminta bantuan orang ramai yang menyaksikan kejadian itu tampil memberikan maklumat kepadanya agar kejadian itu dapat diselesaikan segera. 

KEJADIAN berlaku di hadapan Okaidi store, Paradigm Mall, Johor Bahru pada 16 Februari 2018, bersamaan Hari Jumaat. 

Kejadian berlaku apabila ayah aku bawa dua orang cucunya berjalan bersama adik aku. Kemudian mereka berdua terpisah sebab pergi ke store berlainan. Ayah aku bawa si abang, manakala adik aku bawa si adik. Kejadian berlaku sebab si abang menangis nak pergi ke tempat mainan, tetapi ayah aku cuba pujuk sebab nak tunggu adik dia sekali. 


Kejadian bermula disebabkan si abang ini berdiri dekat kaki eskalator dan tangisannya menjadi semakin kuat sebab orang ramai berkumpul untuk naik eskalator itu. Apa yang ayah aku buat, ayah aku tarik dan cuba dukung si abang untuk dibawa ke tepi. 

Tidak lama kemudian, tiba-tiba datang seorang lelaki India bersama keluarganya dan terus 'tumbuk' ayah aku tanpa bertanya apa-apa. Malah terus mencetuskan provokasi menuduh ayah aku nak menculik budak, sedangkan budak itu adalah cucu dia. 

Keadaan itu menyebabkan ramai orang berkumpul mengepung ayah aku. Keadaan menjadi semakin teruk apabila datang pula satu keluarga Cina yang cuba mengambil si abang dari ayah aku dan bawa budak itu jauh dari ayah aku. Ramai yang mengepung ayah aku dari mendapatkan cucunya semula. 

Kalau korang berada di tempat ayah aku, agak-agak korang mengamuk tak? Mereka yang berada di situ cuba menuduh ayah aku menculik cucunya sendiri. 


Ayah aku tunjukkan bukti seperti IC Polis berserta gambar di dalam handphonenya. Dan apa yang terjadi, mereka tetap menuduh ayah aku mencuri handphone itu. Sedangkan ayah aku buka lock handphone itu di depan mata mereka dan wallpaper pun gambar ayah aku bersama dengan cucunya. Tetapi mereka masih tidak percaya dan masih timbulkan provokasi. 

Kemudian datang pula makcik-makcik bawang Melayu yang cuba mengeruhkan keadaan dengan menokok-nambahkan cerita. Apa yang ayah aku kesalkan, mereka tidak hormat pada polis dan tanpa usul periksa buat tuduhan dan hukuman. 

Aku geram, kenapa tumbuk dulu baru tanya? Kenapa tak bertanya dulu sebelum bertindak? Kenapa nak cetuskan provokasi? Kenapa nak buat kecoh? Kenapa tiada sesiapa yang cuba meleraikan kejadian itu? Kenapa tidak boleh selesaikan masalah itu dengan cara baik?

Korang bayangkan apa perasaan korang kalau bapa korang kena tumbuk tanpa sebab dan sampai lebam tepi mata dengan tepi bibir? Kalau nak cari saksi kejadian, berserta India dan Cina yang pegang anak buah aku itu. Aku nak settlekan, sebab aku tiada di tempat kejadian. Aku nak pertahankan maruah ayah aku. 



Mana-mana pihak/individu yang tahu apa yang berlaku boleh menghubungi aku. Aku nak cari sebab nak dengar dari pihak India itu. Kenapa tak boleh nak berbincang dan tak perlu nak buat provokasi supaya orang sekeliling jadi lebih kecoh dan marah. 

Sumber: Fh Firdaus


from The Reporter http://ift.tt/2BBI0Xh
via IFTTT