'Suasana dan muzik buat saya lalai' - Wanita menari dalam video viral di majlis pelancaran koleksi tudung Neelofa tampil beri penjelasan


Video wanita bertudung menari sakan dan menghairahkan pada majlis pelancaran koleksi tudung Neelofa membabitkan seorang personaliti YouTube, dikecam hebat netizen di media sosial.

Nisa Kay mengaku tersilap langkah sehingga berkelakuan tidak sepatutnya dalam majlis pelancaran yang berlangsung semalam. 

"Saya akui perlakuan saya itu tidak seharusnya berlaku dan sama sekali tidak menggambarkan diri saya sebenar serta imej sebagai wanita bertudung. Saya akui saya tidak memaparkan contoh yang baik, lebih-lebih lagi dengan reputasi yang perlu dijaga," katanya memetik laporan dari mStar Online hari ini. 

Nisa tidak menyangka video aksi menari dengan aksi ghairah itu akan viral dan terkejut apabila membaca komen dan posting yang dimuat naik di media sosial. 

"Kehadiran saya di acara berkenaan adalah untuk memenuhi jemputan pihak penganjur dan saya tidak seharusnya menyertai permainan perang bibir (lip-sync battle) tersebut. Tetapi memandangkan kumpulan terbabit tidak mempunyai ahli yang cukup, saya yang berdiri berhampiran kumpulan itu ditarik oleh seorang petugas untuk menyertai mereka. 

"Suasana dan muzik yang meriah mungkin membuatkan saya lupa seketika siapa saya dan kenapa saya berada di sana. Ada khilafnya di mana saya lalai dan terbawa-bawa dengan perlakuan saya seperti mana yang orang ramai sudah saksikan menerusi video tersebut," katanya.

Nisa berharap, kejadian itu memberi pengajaran kepada dirinya dan juga orang lain. 




BERITA BERKAITAN:


from The Reporter http://ift.tt/2oB2M0X
via IFTTT