Salam admin. Nie nak cerita something ni. Bukan aku yang kena tetapi adik lelaki aku. Ceritanya begini:
Adik lelaki aku memang selalu balik rumah lewat malam. Kadang-kadang jam dua atau tiga pagi. Tetapi selalu tak menentu balik jam berapa sebab dia selalu lepak dengan member. Kitorang duduk di kampung, jadi faham-fahamlah keadaan kampung yang memang sunyi sepi gila.
Okey, kawan rumah yang kitorang duduk ini berderat tiga buah rumah. Jadi, rumah kitorang ini di bahagian tengah. Adik aku memang parking motosikal di rumah yang pertama sebab itu rumah saudara saja dan rumah itu terletak di tepi jalan.
Bayangkanlah rumah kitorang terhimpit dengan rumah depan dan rumah belakang. Rumah belakang itu pula memang bila malam tak pernah nak buka lampu luar. Gelap memanjang dan cuma lampu luar rumah kitorang saja yang dibuka.
Depan rumah jiran aku ini ada pangkin. Depan rumah dia dan depan rumah aku kiranya bertentangan.
Nak dijadikan cerita, malam itu adik aku balik rumah jam tiga pagi. Selepas dia park motosikal, dia jalanlah seperti biasa balik ke rumah. Adik pilih untuk masuk ke rumah melalui pintu depan yang mana pangkin ini boleh nampak dengan jelas.
Masa dia nak buka pintu, dia rasa macam tak sedap hati. Maka terpandanglah ke arah pangkin itu. Teka apa yang dia nampak? Dia ternampak Cik Ponti atas pangkin itu dengan rambut, uish! Tak payah cakap memang dah tahu.
Dan yang paling tak boleh blah, Cik Ponti itu tersenyum pada dia. Sepatutnya dia boleh terus masuk rumah. Tetapi dia mengambil keputusan untuk tidak masuk rumah tetapi pergi semula ke arah motosikalnya. Sebab katanya kalau masuk rumah, takut benda itu pun ikut masuk sekali.
Selepas pergi balik ke motosikalnya, dia start enjin dan terus beredar pergi ke rumah member. Masa bawa motosikal dia cerita kat aku yang dia menangis gila-gila sebab takut sangat. End up keesokkan paginya baru dia balik ke rumah.
Tiga hari kemudian selepas kejadian itu, barulah dia ceritakan kepada aku. Padanlah aku perasan sebelum ini yang dia demam tak kebah-kebah dan lepas itu, kalau dia rasa dah lewat, dia takkan balik rumah. Mungkin lepak rumah member. Kalau balik pun dia akan balik awal gila sebelum jam 12 malam.
Tetapi the best part, beberapa hari selepas dia pulih dari demam, dia ajak member temankan dia duduk di depan rumah sebab nak tengok betul tak ada Cik Ponti itu. Gila tak gula, berani jugalah dia.
Aku boleh percayakan dia sebab dia ni belajar silat. Orang cakap kan, siapa belajar silat ini dia macam lain macam sikit dan ini bukan kali pertama dia nampak mahluk seperti ini. Sebelum ini pun dia pernah nampak lembaga hitam besar duduk mencangkung di atas bumbung rumah. Kemudian dia juga pernah nampak ada sesuatu yang duduk menghendap di tingkap bilik.
Kiranya setakat ini dia dah pernah nampak tetapi syukur benda itu tak pernah mengacau dia. Alhamdulillah.
Sumber: Nurul Aznira
Anda pernah mengalami pengalaman/peristiwa seram? Hantarkan kisah seram anda kepada kami di thereportermyofficial@gmail.com
from The Reporter http://ift.tt/2HY1jdj
via IFTTT