16 Mac lalu, seorang lelaki telah membeli seekor anak kucing berusia dua bulan dari sebuah kedai haiwan peliharaan bagi tujuan meluahkan perasaan cintanya terhadap seorang wanita di tempat kerjanya.
Zhang, membeli seekor anak kucing itu dengan harga 2,000 Yuan (RM1,200). Malangnya wanita itu enggan menerima Zhang dan hanya mahu menerima anak kucing tersebut.
Selepas beberapa hari kemudian, wanita iut meminta Zhang datang mengambil semula anak kucing itu kerana dia tidak tahu cara menjaganya. Malah keadaan anak kucing itu juga lemah kerana sudah beberapa hari tidak diberi makan.
Zhang kemudian membawa anak kucing itu kembali ke kedai haiwan dan meminta pemiliknya menjaga anak kucing itu buat sementara waktu. Melihat keadaan kucing yang lemah itu, pemiliknya pun bersetuju.
Selang beberapa hari kemudian, Zhang datang lagi ke kedai itu dan meminta pemiliknya terus menjaga anak kucing itu buat selamanya dan Zhang juga menuntut wangnya RM1,200 dikembalikan. Pemilik kedai haiwan itu enggan berbuat demikian, menyebabkan Zhang meminta anak kucing itu diserahkan semula kepadanya.
"Bagi saya kucing itu, saya akan selesaikannya sendiri."
Setelah mendapat semula anak kucingnya, Zhang keluar dari kedai dengan anak kucing yang diletakkan dalam beg plastik berwarna merah jambu.
Secara tiba-tiba, Zhang menghempas anak kucing itu ke lantai beberapa kali. Biarpun haiwan kecil itu meruang kesakitan, namun Zhang tetap tidak peduli dan terus menghempasnya ke lantai sebelum beberapa kakitangan kedai haiwan itu keluar untuk menghalangnya.
Malangnya semua sudah terlambat, anak kucing malang itu sudah tidak bernyawa. Kakitangan berkenaan kemudian menghubungi dan memaklumkan kejadian itu kepada pihak polis. Zhang serta-merta terus melarikan diri dari tempat kejadian. Bangkai kucing itu kemudian ditanam oleh pekerja kedai itu.
Sementara itu di media sosial, netizen mengecam Zhang yang kejam dan tidak berhati perus sehingga tergamak membunuh anak kucing yang tidak berdosa itu.
Tidak diketahui sama ada Zhang telah ditahan atau sebaliknya. Apa yang pasti, pihak majikan tempat Zhang bekerja telah memecat Zhang di atas tindakannya yang kejam itu.
Sumber: World of Buzz
from The Reporter http://ift.tt/2IAzUiC
via IFTTT