'Biar semua orang Malaysia tahu pasal produk Sajat' - Kantoi marketing busuk, netizen kecam wanita ini (LOL)


Viral di media sosial video seorang wanita bersama rakannya menyerang sebuah premis milik usahawan kosmetik, Sajat, hanya kerana ingin mendapat maklumat mengenai siapa wanita yang dibawa oleh teman lelakinya datang ke premis tersebut. 

"Aku datang sini, aku nak tahu bukti boyfriend aku datang dengan siapa," tulis Asha Razak pada kapsyen video tersebut. 


Difahamkan, teman lelakinya telah menghabiskan ribuan ringgit untuk membeli barangan di premis tersebut yang disyaki untuk diberikan kepada wanita lain. Dakwaan itu berdasarkan penemuan resit pembayaran yang masih disimpan teman lelakinya. 

Bagaimanapun, ketika cuba meminta maklumat mengenai kekasih gelap kepada teman lelakinya itu, kakitangan premis berkenaan enggan mendedahkan butiran pelanggannya atas sebab-sebab tertentu. 

Keengganan kakiitangan berkenaan memberikan kerjasama menyebabkan Asha berang dan mula melemparkan kata-kata yang tidak sepatutnya. 

"Tapi aku paling bengang bila aku datang sini, pekerja kau ni layan orang macam sampah! Macam tak reti buat kerja! Buat orang lagi bertambah panas! 

"Kau tengoklah sikit pekerja kau ni @nursajat02. Aku peduli apa viral ke kurang ajar ke!" tulisnya. 

Dalam video berkenaan turut menunjukkan Asha menjatuhkan barang-barang kosmetik yang terletak di atas almari perhiasan sebelum kedua-dua pihak dilihat hilang kesabaran lalu bertikam lidah sesama sendiri. 

Akan tetapi, bagi netizen pun menganggap apa yang berlaku itu hanya sekadar lakonan atau publisiti murahan sama ada untuk menimbulkan rasa simpati atau membuatkan netizen mahu datang ke premis tersebut. 

Malah kata netizen, dari segi dialog dan gerak-geri kedua-dua pihak seperti dibuat-buat dan tidak menunjukkan langsung ciri-ciri orang mencari masalah.

Justeru, netizen tertanya-tanya berapa bayaran yang diberikan kepada dua wanita itu untuk merakam dan menyebarkan video palsu tersebut?





from The Reporter http://ift.tt/2HKolnV
via IFTTT