Hi, salam. Aku berminat nak share cerita yang terjadi kat aku masa tahun lepas, time raya Cina bulan Februari dan aku tak sure bagi pembaca seram atau tak tetapi aku sahre saja pengalaman aku semasa pergi bercuti dengan keluarga mertua aku.
Okey, selepas aku kahwin bulan Disember 2016, aku rancang bawa keluarga mertua aku pergi 'honeymoon' satu keluarga sebab diorang tak pernah jalan jauh-jauh. Jadi aku yang setkan semua untuk diorang. Diorang just follow je.
Aku pula jenis suka book hotel di Agoda sebab senang. Jadi, plan kitorang nak pergi Cameron Highland, kemudian pergi pula ke Lost World of Tambun. Jadi aku dah booking semua, tinggal tunggu hari saja nak pergi. Semua perkara aku dah settlekan.
Tinggal beberapa hari saja lagi nak pergi, tiba-tiba plan bertukar sebab Tambun aku kena anjak satu hari untuk pergi sana. Jadi plan dah lari. Aku tempah satu apartment untuk bermalam sebelum gerak naik ke Tambun. Aku pun book apartment disebabkan murah, aku tak tengok langsung jarakdia dari Tambun dekat atau jauh. Aku booking saja.
Sekali dalam perjalanan pergi, suami aku kata, "Ini dah jauh dari Tambun.". Rupanya aku dah terbooking apartment yang berada di Taiping, berdekatan dengan Bukit Merah. Oleh kerana tiada pilihan lain, kitorang pun on saja.
Sampai di tempat apartment itu, kitorang berpusing 10 kali dan aplikasi Waze menunjukkan yang kitorang dah sampai di tempat itu. Tetapi yang peliknya, tak jumpa-jumpa juga aparment itu. Sekali lagi kitorang pusing, tiba-tiba jumpa. Mak mertua aku kata tempat ini dah pusing tadi tetapi kenapa tak nampak?
Kitorang sampai pada waktu maghrib. Aku masuk check in dulu. Di luar aku nampak ada beberapa buah kereta yang diletakkan di ruang tempat letak kereta. Aku pun tak hiraukan perasaan aku yang rasa dah lain macam. Masuk saja, aku tengok tempatnya seperti sudah lama ditinggalkan. Cuma ada dua orang receptionist.
Semasa aku check in, aku periksaan keadaan sekeliling yang sunyi seperti tiada orang. Selepas itu, laluan yang menuju ke cafe dan swimming pool ditutup, tak boleh dilalui. Aku diam sajalah dan aku dah mula rasa lain macam sangat bila tengok tempat itu seperti tak ada orang dan seperti telah lama ditinggalkan.
Selesai check in, aku keluar nak ambil barang-barang. Sebelum itu mak mertua kau pesan pada semua baca ayat kursi dulu. Selepas baca, kitorang pun jalan naik lif. Masa tengah naik lif, aku, mak mertua dan suami dah masuk lif. Bila tiba giliran adik ipar aku, pintu lif tiba-tiba tertutup sedangkan suami aku dah tekan butang buka pintu lif. Maka tertinggallah adik ipar di bawah.
Yang aku pelik, aku dapat tingkat tujuh dan apartment itu seperti tiada penghuni. Sampai di tingkat 7, pintu lif terbuka dan berderau hati aku tengok tingkat itu gelap gelita, tiada satu pun lampu. Jadi aku decide buka lampu telefon untuk mencari nombor bilik.
Sampai bilik kitorang di hujung sekali, aku pegang kunci dan sebelum buka pintu bilik aku baca bismillah sebanyak tiga kali, itu yang mak aku ajar kalau nak masuk rumah, baca bismillah tiga kali. Aku buka saja pintu, angin kuat terus keluar dari bilik itu.
Aku masuk saja, semua dah terpasang. Aircond, lampu bagai. Aku letak barang-barang dan seketika kemudian baru teringat adik ipar tertinggal di bawah. Suami kata dia nak turun ambil diorang. Jadi aku dengan mak mertua apa lagi, nak ikutlah sebab tak berani nak tinggal berdua.
Malam itu, kitorang tak jadi keluar. Ikutkan plan nak pergi makan sebab kali terakhir makan pun tengah hari tadi. Selepas selesai solat semua, mak mertua aku cakap makan saja apa yang ada. Kitorang makan, tak berani nak keluar. Esok rancang nak keluar pada waktu pagi.
Dengan tv yang tiada siaran, malam itu semua senyap. Tak ada bergurau ke apa, takut tempat orang nanti salah cakap lain pula yang terjadi. Kitorang masu kbilik masing-masing sebab ada dua bilik dalam apartment itu. Kitorang terus tidur.
Alhamdulillah tak mengalami sebarang gangguan. Esok pagi bangun seawal jam 7 pagi, bersiap-siap dan hari pun dah terang. Aku buka pintu di beranda dan tengok ke bawah ada swimming pool yang airnya berwarna hijau dan di permukaannya bersepah dengan daun-daun kering.
Aku cepat-cepat bersiap, jam 8 pagi kitorang keluar. Masa berjalan ke lif, aku baru nampak di setiap pintu-pintu aparment berkunci (disita) kecuali apartment yang kitorang tinggal malam tadi. Sampai di bawah, kitorang cari dua orang receptionist itu semalam, tak ada. Aku letakkan saja kunci di atas meja, kemudian beredar.
Keluar saja kitorang tengok sekeliling kosong. Kereta-kereta yang ada semalam semua dah tak ada. Selepas peristiwa itu aku baca balik review yang ada pada iklan apartment berkenaan dan baru tahu apartment itu kali terakhir beroperasi pada tahun 2015. Ya Allah! Alhamdulillah kitorang tak kena kacau.
Sumber: Ira
Hantarkan kisah seram anda kepada kami di thereportermyofficial@gmail.com
from The Reporter http://ift.tt/2tWWKO3
via IFTTT