'Dalam masa sehari dia habiskan RM3,500 untuk bersuka ria!' - Suami bengang, isteri habiskan duit gajinya


Ramai netizen bersimpati dengan nasib seorang lelaki yang baru menjadi suami ini. Mana tidaknya, belum sampai suku tahun berumah tangga, namun sudah ternyala api kemarahan dek perbuatan isterinya menghabiskan duit gaji RM3,500. Sedangkan si suami menaruh kepercayaan terhadapnya untuk menguruskan hal kewangan rumah tangga mereka. 

Berlaku pertengkaran di antara mereka, si suami hilang kesabaran maka secara tidak sengaja termaki isterinya bodoh. Apa lagi si isteri yang juga masih belum faham selok belok berumahtangga, terus menuntut si suami menceraikan dia. 

SALAM dan selamat malam admin dan warga KRT. 22 Mac aku terima gaji, gaji aku RM5,000 saja dan ini adalah bulan pertama aku ada isteri. Dengan gaji RM5,000 itu, aku beri mak RM500. Mak tak nak sebenarnya sebab mak orang berada. Tetapi aku kira sebagai nafkah dan sedekah untuk orang yang melahirkan aku. 

Tinggallah gaji aku RM4,500. Aku ambil RM500 untuk beli rokok dan isi minyak. Jadi, RM4,000 aku serahkan kepada isteri. Aku nak dia menjadi pengurus kewangan aku, bayar segala rumah, kereta dan bakinya untuk belanja-belanja lain. 

Tetapi tak sangka, RM4,000 itu dia guna untuk pergi bershopping dan belanja kawan-kawan serta keluarga dia. Bila aku tanya berapa baki duit, semua benda yang perlu dibayar dah diselesaikan ke? Dia kata baki tinggal lagi RM500. 

Ya Allah! Dalam masa sehari dia habiskan RM3,500 untuk bersuka ria! 

Sebelum itu aku okey saja, ingatkan dia dah bayar semua benda yang wajib dibayar. Rupa-rupanya ini yang dia buat. Aku marah dia, aku cakap:

"Takkan tak boleh fikir?! Wang saya bagi awak adalah untuk rumah tangga kita, bukan untuk orang lain! Bodoh!" aku termaki pula dia bodoh. 

Ye, salah aku sebab maki dia. Sekarang aku tak tahu nak cari duit di mana. RM500 itu campur dengan RM500 yang saya ada. Itu sajalah yang kami gunakan untuk bulan ini. Hanya untuk makan sahaja.

Bayaran untuk rumah, kereta, bil, minyak apa semua, macam mana nak bayar? Aku baru je cakap dia bodoh, dia dah minta cerai. Astaghfirullah... 


Walau bagaimanapun, netizen menasihatkan kedua-duanya berdamai dan berbincang dengan baik. Usah diruntuhkan rumah tangga yang baru saja dibina. Anggap saja tiada rezeki dan sama-sama jadikan kejadian itu sebagai pengajaran agar tidak berulang lagi di masa akan datang. 


from The Reporter https://ift.tt/2pGw9Ax
via IFTTT