Assalamualaikum. Hi admin! Tutup nama saya tau. Okay admin, kisah ini berdasarkan pengalaman sendiri. Tak tahu seram ke tak tapi nak cerita juga.
Tahun 2013, aku menuntut di sebuah sekolah menengah. Aku berada di tingkatan 3 pada masa tu, kira batch last yang sempat ambil PMR dan selepas tu PMR dah tak wujud sampai ke hari ini.
Dipendekkan cerita, satu hari sekolah aku ada buat program kursus pemantapan akidah di sebuah dewan serbaguna di Rembau, Negeri Sembilan. Biasalah, program macam tu kasi nangis-nangis sikit. Ramailah yang insaf masa tu, masa tu sajalah. Bila sekolah perangai sama saja masing-masing termasuklah aku. Hahaha!
Okay sambung, kami tidur sana 3 hari 2 malam. Mestilah asing lelaki perempuan. Jadi dorm kami berhadapan saja. Perempuan yang nak ke toilet ada kat tingkat bawah, dorm aku kira tingkat atas la. Nak keluar kena pakai tudung. Kalau tak, lelaki nampak.
Baiklah, sampai saja di sana, cikgu tinggalkan kami dengan para fasi. Adalah dalam 6-7 orang fasilitator. Aku pun tak ingat sebab dah lama sangat. Sampai saja di sana, kami pilih tempat tidur dalam dorm dan aku ni kira beranilah juga sebab pilih tidur di tepi tingkap. Padahal acah-acah berani saja gaya mak-mak orang sebab kawan-kawan aku penakut sikit. Jadi, aku tidurlah di tepi tingkap sebab diorang semua tak nak tidur tepi tu sebenarnya.
Jadi, bermulalah ceritanya. Aku tak tahu apa-apa masa tu, tetapi kawan aku beritahu masa dia nak ke dewan, dia nampak ada benda putih lalu di depan dorm perempuan. Kecoh sikitlah pada masa tu. Waktu itu maghrib, kitaorang kena kumpul di dewan beramai-ramai. Entah macam mana dia boleh nampak. Semua dah murung sikit masa tu sebab seram.
Baiklah, korang bayangkan dorm kami ini seperti ada dua bangunan saja dan dia memang betul-betul berhadapan. Kantin pula tidak jauh dari dorm lelaki. Dewan Serbaguna ada betul-betul dekat belakang dorm lelaki.
Jadi, yang perempuan ini kena jalan satu lorong khas yang menghubungkan kantin dengan dewan itu dan mesti lalu tepi dorm lelaki juga. Yang perempuan kalau nak balik dorm, memang akan nampak dorm sendiri sebab tengah-tengah antara dorm lelaki perempuan itu ada tempat berhimpunlah kiranya untuk beratur menyanyi lagu Negaraku apa semua. Okey, macam dah banyak cerita pasal kawasan tu. Stop cerita.
Dipendekkan cerita lagi dan lagi, malam pertama tidur tak lena. Sangat tak lena, lagi-lagi aku tidur tepi tingkap yang tingkap keping-keping bersusun itu rongak ada yang pecah semua lompong. Jadi kau fahamlah kan betapa seramnya bila langsir pun nipis. Di sebelah aku ada sebuah katil single kosong. Tetapi di atasnya ada barang yang aku sendiri tidak pasti apa kebendanya itu. Jadi, kiranya tak adalah tepi sangat, tetapi memang aku seorang saja tidur di tepi tingkap.
Aku ni rabun, jadi cermin mata memang letak tepi bantal. Rabun pun tak teruklah sampai tak nampak sangat. Malam pertama masa tidur itu, selepas habis aktiviti semua dalam jam 12 malam semua masuk dorm nak tidur. Aku bukan jenis lelap di mana-mana. Jadi, aku paksa diri tidur. Waktu pada masa itu menunjukkan jam dua pagi.
Aku terjaga. Dorm sunyi gila dan selepas itu aku terdengar bunyi orang ketawa 'terkekeh-kekeh'. Meremanglah juga sebab aku toleh pandang BFF aku di sebelah, nak kejut tak sampai hati, dia lena sangat. So aku ambil keputusan diam je dulu.
Aku tajamkan pendengaran, 15 minit juga aku tak boleh lelap sebab bunyi orang ketawa. Tapi yang peliknya aku tak faham langsung dia cakap apa langsung tak faham apa apa. Aku dengar macam dua orang bersembang. Tepi tingkap tu.
Bila fikir balik. Tak kan fasi tak tidur kut sembang macam kelakor sangat padahal semua alim-alim sopan. Takkanlah gelak macam tu sekali? Aku diam saja pandang atas. Selepas itu cuba pejam mata lagi sekali. Dengar sembang lagi, bunyi dia macam ni,
"Shh shh shh... pst pst..!" kemudian gelak. Kau rasa? Kau faham ke? Pastu gelak, pastu 'shh shh psst pstt pstt pastu gelak", kau rasa? Kau faham ke? Aku pun macam cuba lagi pejam mata sebab aku rasa seram dah masa tu. Aku toleh pandang kawan aku. Aku renung dia, aku pejam mata.
Aku terjaga lagi, aku tak tahu jam berapa tapi kali ini ketawa tu dah hilang. Aku kepanasan, maklumlah kipas ada 2-3 je. Dalam dorm ada 15 orang sekali tidur. Untuk pengetahuan, aku tidur dinding paling hujung dan berhadapan aku ada katil double decker. Adalah dalam 4 5 buah katil lagi sebelum katil double decker tu.
Samar-samar lampu itu, aku terpandang satu benda hitam, berbulu. Betul-betul berada di atas katil double decker itu. Tapi benda itu di katil atas. Kau tahu posisi dia macam mana? Cuba kau bersila, selepas itu kau zikir goyang badan buat clockwise. Putar-putar macam berzikir. Tapi semua hitam. Kau rasa? Masa itu kaku kejap, aku tak boleh gerak. Aku memang dari dengar ketawa tu tak baca apa apa surah sebab aku tak ingat langsung nak baca. Aku macam keras, macam kena paku kat katil tu.
Ada dalam dua minit macam tu benda tu berputar-putar posisi zikir depan aku. Dia duduk menghadap aku. Besar dia besar katil itu dan kepalanya cecah siling atas. Aku macam nak jerit tetapi suara aku tiba-tiba tak ada. Aku nak nangis, aku renung benda itu. Kau tahu apa? Dia berhenti putar.
Aku dah lembik, suara tak keluar wei! Aku nak jerit, tak boleh. Aku ingat nak ambil spek, konon nak tengok jelas sebab aku kan rabun sikit. Tetapi aku tak sempat ambil spek pun. Selepas itu aku tak tahulah aku pengsan ke apa ke yang aku tahu BFF aku kejut suruh qiamunlai. Aku bangun siap apa semua.
Dalam perjalanan ke dewan, aku terpandang atas bumbung dorm lelaki, benda itu lagi. Aku dah seram. Sudahlah pakai spek, mata aku berair. Aku tunduk sepanjang jalan sambil peluk bff aku sampailah masuk dewan. Aku pastikan aku tak batal wuduk sampai subuh. Tak sanggup nak patah balik ke toilet. Aku diam je, aku memang diam sampai dah siang baru aku cakap.
Dah siang itu, aku tanya member aku. Diorang ada jemur kain hitam ke di atas katil itu? Diorang semua kata mana ada. Yelah mana tahu diorang dah iron kain nak pakai kan. Mana tahu aku mimpi ke apa ke. Itulah kisahnya, syukur aku tak kena histeria ke rasuk ke. Aku tak boleh lupa sebab aku bukan jenis nampak-nampak ini semua.
Ada lagi kisah seram menyusul. Nanti aku cerita lagi. Terima kasih baca admin! Bye
Sumber: As
Anda pernah mengalami pengalaman/peristiwa seram? Hantarkan kisah seram anda kepada kami di thereportermyofficial@gmail.com
from The Reporter https://ift.tt/2ugPVqX
via IFTTT