'Habislah dah ada adik baru, mama dah tak sayangkan kamu lagi' - Cemburu, budak 4 tahun pijak bayi sampai mati
Usahlah bergurau atau mengucapkan kata-kata yang tidak sepatutnya dengan kanak-kanak yang mindanya dalam proses berkembang. Ini kerana, jika tersilap tafsir, buruk padah yang akan menimpa. Tidak pada dirinya, mungkin pada keluarganya.
Hanya kerana seringkali ditakutkan dengan kehadiran adik baru akan membuatkan si ibu tidak lagi menyayanginya, kanak-kanak berusia 4 tahun ini tergamak memijak adiknya sendiri sehingga mati dengan beranggapan pesaingnya perlu dihapuskan.
Ambil iktibar dan pengajaran, ubah cara percakapan kita dengan kanak-kanak. Usah takutkan mereka, sebaliknya ucapkan kata-kata yang baik dan memberi dorongan positif kepada mereka apabila menerima kehadiran ahli keluarga baru.
"Bang, ada budak umur empat tahun bunuh adik dia. Adik dia baby"
Pada malam itu, aku memandu kereta, isteri aku memang duduk di bahagian belakang bersama dengan anak-anak aku. Isteri aku dengan tiba-tiba membangkitkan isu ini. Katanya kisah viral. Aku pun dengan tenang mendengarnya.
"Apa kisah selanjutnya sayang?"
Isteri aku cerita, budak empat tahun ini melompat berulang kali ke atas adiknya sehingga adiknya sudah tidak lagi bernyawa. Si ibunya pula yang perasan dengan kejadian ini tidak sempat nak menyelamatkan anak bongsunya itu.
"Apa puncanya budak tu buat macam tu? Nak bermain ke?" soal aku.
Isteri kata, budak itu berbuat demikian kerana ramai yang berkata dengan dia bahawa mak dia tak sayangkan dia lagi kerana ada adik baru. Kata-kata itu membuatkan budak itu tadi beranggapan jika adik dia sudah tiada, maka ibunya akan menyayangi dia.
Masa ini aku tersentak. Budak sekecil itupun sudah mengerti dan begitu mudah terasa kecil hati dan takut tidak disayangi oleh ibu bapanya.
Ye rakanku, biasakan kita mendengar ornag luar atau kita sendiri pernah mengucapkan kata-kata seperti ini pada anak:
"Habislah abang/kakak. Mama dah ada adik baru, dah tak sayangkan kamu lagi."
Kita atau orang sekeliling juga seringkali mengucap kata-kata itu kepada si kecil berulang-ulang kali tanpa memikirkan kesan emosi kepada si kecil ini tadi. Dengan niat mengucapkan kata-kata ini kepada si kecil hanyalah sekadar 'gurauan mengusik'. Namun bagi si kecil, ia kata-kata yang benar dan mudah mempercayai kata orang dewasa serta tidak tahu membezakan apakah itu gurauan.
Secara tidak sedar, bagi yang mengungkapkan kata-kata ini sudah melukakan hati dan perasaan di kecil ini. Secara tidak langsung si kecil boleh bertindak terlalu agresif kepada adiknya yang baby tadi.
Sepatutnya kita sebagai orang dewasa lebih elok mengungkapkan kata-kata pujian kepada si kecil seperti, "Bestnya ada adik. Dah jadi seorang abang/kakak yang hebat!"
Sahih atau tidak kisah ini, saya juga tidak pasti. Namun bagi saya, tidak sepatutnya kita ungkapkan:
"Habislah kamu, mak ayah tak dapat sayangkan kamu lagi sebab dah ada baby baru."
Mungkin orang lain ada pendapat sendiri. Namun bagi aku, nak bergurau pun biar bertempat. Perlu fikirkan hati dan perasaan si kecil. Kalau kau sendiri pun mudah sensitif dengan teguran, inikan pula si kecil? Si kecil pun ada hati dan perasaan.
Sumber: Muhammad Khalini
from The Reporter http://ift.tt/2FWbDBU
via IFTTT