'Jadi siapakah yang aku jemput di KLIA itu?' -Siap tolong angkat beg dan bawa 'mak' dia pulang ke rumah
Entah bagaimana dia boleh tersilap dan menyangka ibunya pulang dari Jawa hari ini. Mesej telah dihantar kepada ibu memaklumkan yang dia sudah tiba di KLIA untuk menjemputnya, namun tidak berbalas dan saat itu dia mengandaikan ibunya masih dalam kapal.
Sejam kemudian dia mendapat panggilan dari 'ibunya' yang memaklumkan sudah sampai lalu dijemput dan dibawa pulang. Sepanjang perjalanan tiada kejadian aneh berlaku tetapi ibunya berdiam diri. Apa bila tiba di rumah... di saat itulah dia mula terfikir.
APA korang buat kalau tersalah jemput orang di airport? Kalau manusia takpe, ini bukan.
Kejadian ini baru berlaku semalam. Jam 1 pagi, aku kena ambil mak aku yang baru balik dari Jawa atas urusan kerja. Flight sampai dalam jam 12.30 pagi. Untuk elakkan aku tertidur, aku geraklah awal ke KLIA.
Dalam perjalanan pergi, tiada perkara pelik yang berlaku. Aku memandu seperti biasa, buka tingkap sikit sambil ditemani cahaya bulan. Aku kalau drive malam memang jarang on aircond.
Malam itu aku tak tahu kenapa. Aku seperti nak dengar lagu-lagu Jawa. Jadi, sepanjang perjalanan, aku pasang lagu Jawa.
Mak aku memang selalu ke Jawa. Kalau bukan urusan kerja, dia akan melawat suadara mara jauhnya di sana. Jadi, aku ke KLIA tanpa WhatsApp mak sebab dah biasa jemput dia pada waktu-waktu begini.
Sampai di KLIA 2, aku terus cari port parking dan WhatsApp mak dan beritahu yang aku dah sampai. Nanti tunggu di Pintu 1 seperti biasa. Hanya satu tick, mungkin mak masih dalam kapal. Aku pun lepak sambil melayan movie sementara menunggu mak sampai.
Habis satu movie, aku pun scroll Twitter. Tiba-tiba mak call dan kata dah sampai, dia menunggu di Pintu 1. Aku pun cakap "Okey, kejap angah datang".
Aku start enjin dan bergerak ke Pintu 1. Aku berhenti di tepi dan keluar dari kereta untuk mengangkat beg mak. Aku salam mak, mak terus masuk ke dalam kereta. Aku pun tolong masukkan beg ke dalam kereta tetapi berat sangat beg ini. Tak tahulah aku yang tak fit atau beg ini memang berat sangat. Tapi tak nak nampak lemah, perit dia aku cover dengan muka yang tenang sewaktu angkat beg itu. Aku tarik nafas lega selepas selesai. Aku masuk kembali ke dalam kereta.
Dalam perjalanan pulang itu masih tiada apa-apa perkara pelik yang berlaku. Sewaktu dalam kereta, aku cuba berborak dengan mak seperti isu MH370, anak Datuk Seri Siti Nurhaliza bagai tetapi mak hanya balas dengan senyuman. Mungkin dia kepenatan, jadi aku biarkan mak berehat.
Aku tinggal di Puchong. Jadi, ada satu laluan itu jalannya gelap dan tidak rata. Aku terpaksa pandu perlahan masa itu dan tiba-tiba badan terasa seram sejuk. Aku dah rasa lain macam, terus play ayat-yat Al-Quran di YouTube.
Aku ingat lagi, sewaktu surah Al-Muk, aku terdengar seperti ada orang ikut baca tetapi cuma ikut sampai ayat kedua. Cermin belakang memang aku dah tak pandanglah pada waktu ini.
Akhirnya aku sampai juga ke rumah. Aku serahkan kunci pada mak sebab nak suruh mak yang kelihatan penat naik dulu. Aku nak angkat beg mak. Aku pun angkat beg itu dan gerak nak masuk rumah. Selesai semua, aku masuk balik dan terus baring menarik nafas lega sebab semuanya sudah selesai. Aku terlelap kepenatan.
Tak sampai 20 minit terlelap, aku terjaga sebab ada satu mesej masuk. Aku baca mesej ini dengan satu mata saja sebab sebelah mata lagi tertutup, mengantuk sangat-sangat.
"Eh? Mak bukan balik hari ni la. Flight mak esok," mesej dari mak berserta dengan gambar tiket flightnya.
Aku terdiam. Nak check bilik mak tak berani. So berhuhulah seorang diri dalam bilik ini mengenang nasib diri. Macam manalah aku boleh tersalah dan ingat flight mak aku hari ini.
Jadi siapakah yang aku jemput di KLIA itu?
Sumber: @Fazrul_Illahi
Anda pernah mengalami pengalaman/peristiwa seram? Hantarkan kisah seram anda kepada kami di thereportermyofficial@gmail.com
from The Reporter http://ift.tt/2G2olPB
via IFTTT