'Kalau tak tau jaga anak bagi ja kat orang, pasai tu Tuhan tak bagi hang anak lagi' - Terkilan hati ibu dihina dan diperli rakannya
Perbualannya dengan kenalannya pada mulanya hanyalah sekadar bertegur sapa. Tetapi dia tidak menyangka perbualan yang biasa, bertukar menjadi serius. Emma Sherrina berkongsi luahan perasaanya mengenai rakannya yang menghina kedudukannya sebagai ibu kandung dan juga ibu tiri.
Rakannya yang ditulis, sebagai 'F' itu turut memerli tentang tahap pendidikannya dan anak-anaknya. Tidak cukup dengan itu, rakannnya terbabit juga sudah dikatakan meramal masa depannya dan seolah-olah mengambil kerja Tuhan.
Siapa yang tidak sakit hati mendengar kenyataan ini. Jika nasihat yang diberikan secara elok, sudah pasti kita dapat menerimanya secara posiitif. Kadang-kadang kita lupa, tak selamanya kita di atas dan kifarah itu ada. Bertabahlah Emma Sherrina.
PADA awalnya, sembang seperti biasa sebab dah lama tak bertegur sapa. Alih-alih, berakhir dengan hinaan. Wow! Tak sangka jumpa lagi dengan orang yang rasa diri dia Tuhan.
Ini bukan naik mengaibkan sesiapa. Nama pun aku tutup, gambar itu bukan gambar dia. Dia berniaga online, jadi gambar produk dialah agaknya. Dan selamat dah aku block dia di media sosial. Ingat dulu aku kata buang kawan negatif? Haaaa contohnya yang dalam gambar di bawah ini.
Saja nak beritahu, dari perbualan yang pertama, isu bodoh dan keturunan. Bodoh itu, bukan keturunan. Bodoh itu dari diri sendiri. Bodoh itu meluas, bukan sebab kau SPM saja, kau bodoh. Kadang-kadang ada orang yang belajar tinggi melangit tetapi bodoh juga. So kena leraikan.
Perbualan yang kedua, tidak ada dalam kajian yang mengatakan hantar anak sekolah awal akan menjadi bijak pandai. Kalau betul ada, itu rezeki dan perlulah bersyukur bukannya riak. Kalau umur empat tahun, tapi tak sekolah, dosa ke?
Perbualan yang ketiga, kalau nak bagi nasihat aku boleh saja terima. Tetapi ini bukan nasihat sebaliknya ini penghinaan dan sudah sampai tahap nak menjadi Tuhan yang boleh menentukan masa depan orang.
Perbualan yang seterusnya, kaya miskin masa kita tua nanti tiada kena mengena dengan anak kita. Kalau kau miskin sekalipun bukan salah anak kau. Sila buang jauh-jauh mindset seperti itu.
Perbualan yang terakhir adalah mengenai anak. Aku anak ramai atau tak, bukan kau yang tentukan. Ada sebab kenapa Allah tak bagi rezeki lagi dan semestinya bukan sebab aku tak hantar anak pergi sekolah. Anak tiri aku tetap anak sulung aku dan aku tak batal air wuduk dengan dia. Tak boleh kahwin. Pusing mana pun dia tetap abang Umar. Dan yes aku bangga kot aku ada anak dua orang.
Aku percaya, doa aku sebagai ibu kepada Umar tidak ada hijab. Aku tak pernah dan tak akan doa yang buruk-buruk untuk Umar. Doa aku pada anak-anak aku semua yang bagus-bagus. Doa kau untuk anak aku yang buruk-buruk itu insyaAllah aku akan tepis dengan doa ibu yang tidak ada hijab ini. Tolong jangan kacau anak-anak aku.
Aku takkan down dengan kata-kata seperti ini. Ramai lagi orang yang sayangkan Umar. InsyaAllah satu hari nanti Umar akan menjadi doktor. Dia nak jadi macam Doktor Ayaq Chaq dia dan aku yakin ramai orang akan doa yang baik-baik untuk Umar.
Korang sebagai kawan tolong jangan doa buruk-buruk untuk anak kawan. Bukan semua benda kena ikut pilihan kita saja. Kau tak tau apa nak cakap, sila diam. Ada kawan seperti ini? Sila buang dia jauh-jauh. Tak rugi apa pun dalam diri kalau tiada kawan seperti dia.
Aku share sebab nak beritahu, walaupun kawan, adab percakapan kena jaga juga. Bukan sebab kawan, kita boleh bercakap tanpa berfikir. Anak aku ini bukan anak kau. Aku yang mengandungkan dia.
Kepada F**, aku doa kau akan berjaya dunia akhirat. Semoga kau tua nanti kau akan hidup kaya raya. Amin.
(Dia dah deactivate Facebook. Semua kawan cari tapi tak dapat dikesan. Kesian pula. Nanti dah lama-lama, kau buka balik Facebook tau. Terima kasih kepada semua yang doa baik-baik untuk Umar. Allah saja yang mampu membalasnya.)
Sumber: Emma Sherrina
from The Reporter https://ift.tt/2pNmqs9
via IFTTT