Remaja perempuan dirogol 4 lelaki bergilir-gilir


Seorang remaja perempuan dirogol empat lelaki yang dikenali secara bergilir-gilir di Bandar Seri Putra, Kajang, dalam kejadian 8 Mac lalu, lapor Harian Metro

Ibu mangsa hanya mengetahui kejadian yang menimpa anaknya itu selepas terbaca mesej dalam aplikasi WhatsApp dalam telefon bimbit anaknya itu. 

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff berkata, ibu mangsa telah membuat laporan mengenai kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang pada jam 3.29 petang, Rabu lalu. 

Berdasarkan laporan tersebut, mangsa dirogol secara bergilir-gilir oleh empat orang lelaki yang dikenali dan bertindak di atas laporan itu, polis telah menahan empat suspek pada hari yang sama untuk membantu siasatan.

"Berdasarkan laporan dibuat, mangsa, 15, memaklumkan dirogol bergilir-gilir oleh empat lelaki dikenali di Bandar Seri Putra, Kajang pada 8 Mac lalu.

"Hasil siasatan dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kajang, kami menahan empat suspek di sebuah pangsapuri di Bangi pada 9 malam hari sama bagi membantu siasatan. Tiga daripada suspek adalah rakan sekolah mangsa,” katanya.

Dalam kejadian jam 10 malam 8 Mac, mangsa dipercayai telah dirogol secara bergilir-gilir oleh empat suspek di sebuah pangsapuri ketika mangsa melepak bersama mereka. 

Hasil pemeriksaan doktor juga mendapati, terdapat kesan koyakan lama pada kemaluang mangsa.

Ekoran itu, empat suspek berusia antara 14 hingga 21 tahun direman selama enam hari untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 375 (b) Kanun Keseksaan. 


from The Reporter http://ift.tt/2GzLJVI
via IFTTT