'Saya beri kelulusan khas' - Menteri luluskan permohonan bantuan rumah PPR Uji Rashid


Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar telah memberi kelulusan khas kepada penyanyi Uji Rashid atau nama sebenar Fuziah Haroun Al Rashid, bantuan rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) susulan keluarganya telah diarahkan mengosongkan rumahnya di Taman Dagang, Ampang dipercayai kerana gagal membayar sewa, lapor mStar Online. 

Uji Rashid bersama dengan anaknya, Cico atau nama sebenar Ezzaq Farrouq Harahap Jamaludin, 39, dan cucunya hadir di pejabat Tan Sri Noh Omar yang meminta bantuan rumah PPR. 

Beliau berkata, oleh kerana permohonan penyanyi veteran itu menepati syarat, maka beliau telah memberi kelulusan khas bagi Uji dan keluarga untuk mendiami rumah berkenaan. 

"Sempat berbual dengan penyanyi veteren yang banyak berjasa dalam industri muzik tanah air Uji Rashid yang datang ke pejabat saya tadi. Beliau ada memohon rumah PPR sebelum ini dan saya diberi maklum beliau akan diusir dari rumah sewa di Ampang dalam masa terdekat atas sebab yang sangat menyedihkan.

"Memandangkan permohonan menepati syarat, saya beri kelulusan khas untuk beliau dan keluarga dapat mendiami PPR dengan segera. Semoga bantuan ini dapat meringankan beban dan memberi sinar baru dalam kehidupan Uji Rashid sekeluarga," tulis beliau di laman Facebooknya semalam.


Difahamkan, Uji telah membuat permohonan bantuan kewangan dan perumahan sebelum ini, namun kesemuanya permohonannya itu gagal.


from The Reporter http://ift.tt/2FBF8wT
via IFTTT