"Saya minta maaf dan sedia berjumpa pihak Siti untuk menjelaskan perkara sebenar," kata Wan Noor Akmal Wan Yusof, 36, memetik kenyataannya dari Harian Metro.
Jelas Wan yang menggunakan nama Wan Arianna di Facebook itu berkata, dia mendapat gambar dan video itu daripada rakannya menerusi aplikasi WhatsApp sebelum dimuat naik ke akaun Facebooknya dengan niat mahu berkongsi kegembiraan.
"Saya hanya berniat nak berkongsi kegembiraan. Pada awalnya, ramai yang mengucapkan tahniah. Namun apabila seorang komen dan meminta saya memadamkan status berkenaan, ramai yang turut komen sama. Malah mereka mula mengecam saya," katanya.
Menurut Wan, dia tidak sedar perkara itu menjadi kecoh kerana pada waktu itu dia berada di luar. Namun sebaik saja tiba di rumah, dia menyedari banyak notifikasi masuk sebelum menyedari tindakannya memuat naik gambar-gambar berkenaan menimbulkan kemarahan ramai pihak.
"Saya terkejut dan tidak menjangka perkara itu tular. Akhirnya saya mengambil keputusan untuk memadam dan menyahaktifkan akaun Facebook buat sementara waktu," katanya yang juga tidak mengetahui kenyataan suami Siti di mana mereka bakal berkongsikan wajah anak mereka selepas seminggu kemudian.
BERITA BERKAITAN:
from The Reporter http://ift.tt/2FVeU4k
via IFTTT