'Terpandang kelibat seorang budak perempuan di belakang pintu' - Akhirnya si ibu percaya apa yang diberitahu anaknya selama ini bukan bohong dan khayalan


PERINGATAN: Kisah-kisah seram yang dikongsikan di laman ini hanya sekadar untuk bacaan suka-suka sahaja. Anda diingatkan untuk tidak teruskan membaca sekiranya anda mudah lemah semangat, terpengaruh sehingga ketakutan dan terbawa-bawa dalam kehidupan realiti. 

ASSALAMUALAIKUM semua. Aku fikir agak lama juga sebelum buat keputusan untuk kongsi kisah ini sebab seseorang pernah menasihatkan aku agar jangan cerita kepada sesiapa pun. Bukan apa, bimbang ada yang salah anggap pada anak aku ini. 

Sebelum aku mula bercerita, biar aku ceritakan serba sedikit latar belakang keluarga aku. Aku sudah berkahwin dan ada tiga orang anak. Kakak, Usop dan Adik (bukan nama sebenar). Sebenarnya cerita ini mengenai anak aku si Usop. Walaupun adik beradik dia yang lain sebenarnya ada kebolehan yang sama, cuma semakin mereka dewasa, kebolehan mereka semakin berkurangan. Tetapi tidak pada Usop, mata dia kekal tidak berhijab sehingga sekarang dan usianya dah hampir menjejak 9 tahun kerana Usop ini anak istimewa, pemegang kad OKU kategori masalah pembelajaran. 

Usop ini rupa dia biasa sahaja, tidaklah sekacak artis. Kulit dia paling 'cekelat' di antara adik beradik lain. Badannya pun agak gempal sedikit. Kalau kau tengok sekali imbas, kelihatan seperti budak normal. Tetapi bila diperhatikan lama-lama, ada tingkah laku yang pelik-pelik, baru kau akan dapat agak yang dia sebenarnya anak istimewa. 

Walaupun begitu, dia umpama gula-gula. Semua yang jumpa dia akan menyukainya. Kawan-kawan, sepupu, cikgu, orang yang tidak dikenali jumpa dengannya di pasar raya, kucing, katak, sesumpah sehinggalah ke 'benda halus' pun aku rasa suka dengannya. Sangat pelik bagi aku sebab Usop ada masalah komunikasi dan tidak pandai sangat bercakap. Dia pun suka khayal dalam dunianya sendiri dan tidak berminat untuk berkawan. Tetapi orang yang sibuk nak berkawan dengan dia. Kucing aku pun paling minat dia, nak naik riba dia dan nak tidur dekat dia. Padahal dia buat tak reti saja pada kucing itu selama ini. 

Usop mula bercakap agak lambat. Dalam umur lima tahu baru dia mampu memanggil aku mama. Tetapi sejak dia pandai bercakap itulah banyak perkara yang pelik-pelik dia beritahu aku. Lalu membuatkan aku tertanya-tanya dan kadang-kadang meremang juga dibuatnya. 

Mula-mula dulu, setiap kali dia sebut perkara-perkara yang terdetik dalam fikiran aku, aku selalu anggap kebetulan sahaja. Contohnya kalau tengah silent-treatment pada suami (biasalah gaduh-gaduh manja suami isteri), tiba-tiba dia akan eja S.A.B.A.R. Dia seperti tahu saja hati aku tengah berkira-kira nak melahar suami. Hahaha! 

Lupa nak beritahu, Usop ada kelebihan self-taught reading. Lahir-lahir saja dia memang dah terus pandai membaca dan sangat obses dengan huruf. Ketika berumur dua tahun, tahap dah boleh buat full sentence dalam kedua-dua bahasa English dan Melayu menggunakan huruf-huruf mainan sebab masa itu tak pandai pegang pensel dan menulis lagi. 

Selain dari boleh mengetahui apa yang bermain di fikiran orang, dia juga tahu benda yang tersorok dan tersembunyi. Dia boleh tahu seorang perempuan ini mengandung 5-6 minggu yang perutnya pun tak nampak lagi, orang dah nak meninggal dan apa yang akan terjadi di masa depan termasuk boleh nampak benda-benda halis. 

KES PERTAMA: Budak misteri di rumah baru

Aku berasal dari sebuah negeri di utara tetapi menetap di pantai timur. Aku ada seorang abang yang duduk di Bertam, Pulau Pinang. Abang aku ini dikira yang paling berjaya dalam keluarga kami dan menjawat jawatan tinggi. Rumah dialah yang paling besar dan kereta dia paling mahal kalau park depan rumah mak aku waktu raya. 

Walau bagaimanapun, abang aku ini orang yang sangat menjaga solat dan memang geng masjidlah pendek kata. Muka nampak macam orang-orang yang baik. Tak seperti aku yang banyak akal ini. Hahaha! 

Satu hari abang aku menjemput semua keluarga kami datang ke rumahnya sebab dia nak buat bacaan Yassin, tahlil dan kenduri doa selaat bersempena masuk rumah baru. Jadi, aku pun pergilah dengan keluarga aku secara berkonvoi. Kereta aku, adik aku dengan mak dan dua orang lagi abang-abang aku dengan keluarga mereka. 

Sampai saja di sana kira-kira jam 11.30 pagi, orang masjid sedang bersedia untuk baca Yassin. Aku pun terus masuk memantau anak-anak dan anak-anak buah sebab masa itu semuanya masih kecil lagi. Nak menolong pun semua dah menggunakan khidmat katerer. Jadi memang tiada apa yang nak dibuat. 

Gedebak-gedebuk, selesai bacaan Yassin dan acara makan tengah hari. Dah lama sangat berpanas di bawah khemah, anak-anak aku pun cranky. Jadi aku minta masuk ke bilik tetamu untuk beri budak-budak berehat. Biasalah kalau dah kenduri, beg-beg saudara mara kedua-dua belah pihak abang dan kakak ipar aku pun bersusun di situ dan ada katil bujang serta yang cukup-cukup untuk solat bersebelahan dengan pintu bilik air. 

Dah alang-alang masuk itu, aku pun ingat nak solat jama' qasar sekali sebab petang-petang sikit suamu aku ajak pergi Pantai Merdeka yang dah tak berapa jauh dari rumah abang aku ini. Dah alang-alang sampai, kan?

Masa ini hanya aku, Usop dan Adik yang ikut aku masuk ke bilik. Si Kakak sedang bersuka ria dengan sepupu-sepupunya di luar. Masa aku nak mengambil wudhu' itu, aku terdengar seperti ada suara budak-budak gelak dalam bilik air itu. Aku pun tak jadi nak masuk. Meriah sangat diorang bergurau dalam bilik air itu. Memang bilik air itu ada dua pintu. Satu pintu lagi boleh masuk terus bilik anak tunggal abang aku, Eja. 

Dah ada orang dalam bilik air itu aku pun duduk di atas katil sambil melayani anak-anak bermain tab. Bila dah senyap, aku pun buka pintu bilik air dan masuk dan buka pula pintu bilik air yang sambung ke bilik Eja itu. Aku terus ternampak mak aku baru lepas habis berdoa di atas sejadah di sebelah katil Eja. Aku pun bertanyalah kepada mak. 

"Budak-budak itu kencing beramai-ramai ke? Beria benor gelaknya pun," sambil aku gelak-gelak (budak-budak itu merujuk kepada anak aku dan sepupu-sepupu dia yang majoritinya perempuan). 

"Entahlah, bukan diorang masuk dari sana ke? Mak dengar juga budak-budak itu gelak, terbayang habislah lencun baju kurung diorang dibantainya main air," kata mak. 

Eh, bergaru kepala pula aku. Mana ada budak-budak lain masuk tandas dari pintu bilik tetamu itu. Cuma aku dengan anak-anak aku saja yang berada di situ. Itu pun anak-anak aku main tab senyap-senyap tengok YouTube. Tak ada gelak-gelak pun, kalau mak aku terdengar suara gelak ketawa itu dari anak aku. Malas nak fikir, aku pun terus pergi selesaikan urusan di tandas dan mengambil wudhu lalu terus solat.

Selepas Zohor itu, aku, adik dan mak aku sempatlah berjalan sampai Pantai Merdeka. Tak jadi nak pergi petang sebab petang intu nak tolong abang sulung aku kemaskan kerusi dan meja serta buka khemas kenduri itu semula. 

Abang aku yang nombor dua sudah berlepas ke Alor Setar nak berjumpa dengan jiran-jiran dan kawan-kawan dia sebab diorang pernah duduk di sana dulu. Abang aku yang nombor tiga pula duduk di rumah abang sulung sebab isteri dia sedang sarat dan tidak larat nak berjalan. 

Sampai rumah abang aku petang itu, dah selesai mengemas apa yang patut semua. Kitorang pun masuk rumah untuk solat maghrib. Waktu Maghrib inilah akhirnya aku percaya bahawa benda-benda yang selalu Usop beritahu aku itu bukan bohong atau khayalan dia semata-mata sebab apa yang dia selalu beritahu aku dia nampak. Dan keesokan harinya dengan kehendak Allah, hari itu aku sendiri dapat tengok. 

Kiranya waktu maghrib itu semua sedang sibuk memandikan anak-anak. Pakaikan pakaian tidur dan yang mak-mak ini sudah selesaikan anak, barulah dapat mandikan diri sendiri juga. Kebetulan adik beradik kakak ipar aku rumah diorang sekitar situ juga. Jadi selepas dah selesai, semua balik ke rumah masing-masing. Tinggallah keluarga aku saja yang lepak di rumah abang aku pada malam itu. 

Aku punya beg, aku dah parking di bilik aku bila solat tengah hari tadi. Jadi, aku nak mandikan anak-anak dan siapkan diorang di situ sebab bilik itu kecil saja dan ada katil bujang sebiji. Mak akulah yang dapat undian VIP untuk tidur situ. Yang lain nampaknya kena tidur bergelimpangan di ruang tamu dalam lounge yang abang aku letakkan piano dan entertainment seperti games dan TV untuk anak dia guna di situ. 

Anak-anak yang lain selepas mandi dah mula sambung bermain dengan sepupu-sepupu. Tetapi si Usop ini memang sejenis anak mak. Mana aku pergi, dia mesti mengekor. Masa aku mandi, dia lepak atas katil bujang itu main stunt dan menyorok dalam selimat. Masa itu dia berumur lima tahu, agak comel juga aksi dia main selimut begitu. Kalau sekarang, ketinggian dia dah hampir sama dengan ketinggian aku dan mungkin boleh roboh katil itu kalau main begitu lagi.  

Keluar dari bilik air, aku tengok dia gelak-gelak pandang pintu. Tetapi sebab aku anggap dia memang tak sempurna akalnya, aku assume dia memang tengah gembiralah gamaknya. Kalau orang lain yang tidak faham dengan apa yang dia buat, kelakuan dia selalunya orang akan pandang dengan kehairanan. 

Since kiblat menghadap pintu, selesai pakai baju semua hanya rapatkan pintu dan saja tak tutup sepenuhnya kerana bimbang ada orang nak masuk, kang terus berdiri depan aku yang tengah solat. Kalau dalam ekadan dirapatkan itu, orang boleh intai dulu dalam bilik sebelum masuk. 

Aku dah pakai baju semua, aku pun solat. Disebabkan aku jama' solat maghrib dan isya, jadi lamalah sikit aku solat. Masa sujud yang kedua pada rakaat terakhir, bila bangun dari sujud aku macam terpandang ada seorang budak perempuan pakai baju kurung biru gelap berdiri di belakang pintu yang dirapatkan itu. Budak itu dalam lingkungan umur 6-7 tahun, berambut pendek paras leher, muka comel ala Arab sikit, kulit putih merah, hidung mancung tengah senyum memandang Usop. Yang bestnya, masa itu Usop tengah duduk di sebelah aku dan matanya pandang tepat ke arah budak perempuan itu sambil tersengih-sengih. 

Aku macam terperanjat, habis terganggu eye contact aku dari sepatutnya kita kenalah pandang ke tempat sujud itu kan. Tetapi mata aku dah menerawang ke mana entah. Tapi aku teruskan juga masa itu baca tahiyat akhir dengan laju seperti kereta api ETS dan disudahi dengan salam. Masa aku bagi salam ke sebelah kiri, aku kerling lagi sekali ke tempat budak perempuan itu berdiri dan tengok dia sudah tiada di situ. Usop pula dah sambung bermain gulung-gulung dalam selimut. 

Insiden itu meninggalkan aku dalam keadaan tanda tanya, anak siapa pula itu? Sebab dia bukan anak-anak saudara aku dan juga bukan anak-anak dari kelaurga kakak ipar aku. Sebab aku kenal anak-anak diorang kerana hubungan keluarga mak aku dengan besannya itu memang rapat sampai ke tahap pergi bercuti dan umrah pun bersama-sama. Takkan anak jiran abang aku senja-senja begitu nak lepak dalam bilik rumah orang? Lagipun, setahu kau jiran abang aku semua dah balik selepas selesai kenduri jam 5 petang. 

Aku diamkan saja insiden itu dan anggap saja aku ternampak budak itu hilang. Sebenarnya itu anak siapa? Anak jiran atau anak kawan-kawan abang aku yang lambat datang kenduri? Makanan pun sebenarnya ada banyak lagi.

Walau bagaimanapun, aku aku cuba memberi jawapan yang logik dan aku cuba elak memikirkan benda-benda halus ini tetap juga tak boleh sebab kemusykilan aku yang utama bagaimana budak itu keluar dari bilik sedangkan pintu bilik itu walaupun tidak ditutup dengan rapat dan cuma direnggangkan tetapi kecil sangat ruangnya untuk dia meloloskan diri. Kalau dia kucing pun confirm tak lepas keluar melainkan dia terpaksa buka sedikti pintu itu dan aku pasti pintu itu tak bergerak langsung. 

Malam itu bila dah berkumpul faham-faham sajalah memang berborak dengan meriah dan tidur pun lambat sebab masing-masing kecuali mak aku maklumah dah berumur. Mana dia larat dah, kan?

Keesokannya, sebelum mandi seperti biasa terpaksa menunggu giliran. Walaupun ada tiga bilik air tetapi keluarga masing-masing segerabak, ditambah pula dengan kanak-kanak riang mandi ramai-ramai siap main belon dalam bilik air. Memang lama kena menunggu giliran untuk mandi. Sebelummandi, aku lepak di bilik itu dengan mak, kemudian adik aku pun join sekali. 

Masa itu dalam bilik air itu, anak aku si Kakak dengan geng dia (sepupu) tengah mandi dan gelak dengan riang gembira. Tiba-tiba mak aku tanya,

"Kakak batuk ke semalam? Mak terjaga tengah malam sebab dengar budak batuk dalam bilik air. Mak tanyalah, 'kakak, kamu batuk ke?' tetapi tiada sesiapa yang jawab pun," kata mak. 

"Kakak tak batuk pun. Dia sihat saja. Huda kot yang batuk atau Lina ke?" ini semua anak-anak buah aku yang lebih kruang sebaya dengan kakak. 

"Budak-budak itu tidur di luar depan tv. Kalau batuk mesti deme pergi bilik air di luar itu, lagi dekat. Yang tidur bilik itu semalam Kakak dengan Eja saja. Mak rasa Eja tak batuk sebab malam tadi tengok dia elok je," kata mak. 

Elok anak aku dengan geng-geng dia keluar dari bilik air dan aku terus tanya, "Kakak, kamu batuk ke malam tadi?". Anak aku cakap tak pun, tidur lena saja sebab dalam aircond. Aku tanya Eja, Huda dan Lina, semua kata diorang sihat dan tak batuk pun. 

"Kakak, kamu dengan Eja yang tidur dalam bilik semalam, kan?" soal aku lagi. 

"Mula-mula baring dalam bilik. Lepas itu kitorang tidur di luar dengan Huda dan Lina," kata Kakak. 

GULP! Maknanya bilik itu semalam kosonglah! 

Bila dengar jawapan Kakak dan geng beliau, aku, mak dan adik aku terus berpandangan antara satu sama lain. Alang-alang mak dah buka cerita, aku pun beritahu dia tentang kes aku ternampak budak perempuan berbaju kurung biru main cak di pintu ini. 

"Itu anak siapa?" soal aku. 

Mak aku kata pada masa itu tiada sesiapa pun yang datang. Pintu rumah pun juga telah ditutup. Abang aku dengan kakak ipar aku pun sudah masuk ke bilik, solat dan rehat-rehat. Mak aku pula tengah satukan lauk-lauk yang tidak habis itu dalam periuk sebab kejap lagi nak panaskan sebab takut basi. Yang budak-budak tengah melayan filem animasi. 

Aku tanya adik aku ada nampak atau dengar apa-apa yang pelik ke? Dia kata tak adap ula. Aku tanya sebab adik aku pun guna bilik itu untuk salin pakaian. Tapi dia solat di hall sebab herjemaah dengan suami dan anak buah aku yang bujang. 

Masa dok borak-borak itu belum lagi rasa keseramannya sebab hati aku berdolak dalih lagi untuk menerima kenyataan yang budak aku nampak itu sejenis makhluk halus. Budak itu comel, kalau benda alah itu takkanlah comel? Mesti huduh ye tak? Begitulah kira-kiranya akal logik aku memaksa aku untuk percaya. Aku ini spesis yang akan fikir segala kemungkinan munasabah dan akhir sekali barulah akan terfikir benda-benda halus ini. 

Sebelum kitorang tutup topik itu, aku berpesan pada mak jangan cerita hal itu kepada abang. Sudahlah dia host kitorang berkampung makan minum bagai. Nanti dia ingat aku bawa mulut yang bukan-bukan pula tentang rumah baru dia. Walhal abang aku ini boleh dikatakan berisi juga sebab pernah juga gelas yang ada santau meletup bila dia pegang. 

Dalam perjalan balik ke rumah mak tengah hari itu, aku asyik terbayangkan encounter semalam dan cerita-cerita mak. Itu jam barulah aku pasti penampakan yang aku saksikan itu adalah sejenis entiti lalu meremanglah segala bulu yang ada sampai kembang aku rasa bulu tengkuk dan rambut aku dalam tudung pada masa itu. 

Sumber: Gabanistur


from The Reporter http://ift.tt/2twOkNe
via IFTTT