(Video) 'Aku yang sampai dulu, cari tempat parking lain' - Netizen NYC kecam dua beranak main cop parking


Viral di media sosial rakaman dashcam seorang perempuan muda melakukan perkara yang tidak sepatutnya hanya kerana mahu mendapatkan tempat letak kereta membuatkan lelaki ini tidak berpuas hati dengan tindakan tidak bertamadunnya itu. 

Video yang dimuat naik Nicholas Chew pada 10 Mac lalu dalam kejadian berlaku di New York, dia dan pasangannya mahu menikmati dimsum di sebuah kedai berhampiran. 

"Pagi ini kami merancang nak pergi makan dimsum di Flushing dan memandu ke tempat letak kereta sebelum ternampak sebuah petak kosong berdekatan. Namun tiba-tiba seorang perempuan berlari ke petak tersebut dan berkata dia berada di situ terlebih dulu dan meminta saya mencari petak yang lain. 

"Kereta mereka Jeep Compass berwarna putih. Cuba beritahu saya, ada tak nampak kereta yang dimaksudkan dalam video ini? Tiada, kerana kereta itu berada di lorong bersebelahan. 

"Dia dan ibunya dengan berani berdepan dengan saya dan menuduh saya bersikap tidak munasabah. Mereka cuba menghalau saya dari petak tersebut," katanya. 

Berdasarkan video perempuan berkenaan berkata dia yang datang ke petak itu terlebih dulu dan meminta pasangan berkenaan beredar bagi memberi laluan kepada kenderaan mereka. Bagaimanapun, Nicholas enggan berbuat demikian kerana perbuatan perempuan itu dianggapnya sebagai tidak wajar. 


Seketika ibu kepada perempuan terbabit datang dan meminta Nicholas mengundurkan kenderaannya, sebelum seorang lagi wanita dipercayai nenek dua beranak terbabit datang memarahi pasangan berkenaan. 

Nicholas bagaimanapun akhirnya mengalah apabila ada seorang wanita yang menawarkan tempat letak keretanya bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih buruk dan pada masa yang sama ada banyak kereta yang tersekat dari meneruskan perjalanan di belakang kenderaan mereka. 


from The Reporter http://ift.tt/2HspQa9
via IFTTT