Menurut sumber, pemandu lori berkenaan tersalah jalan dan sedang mencari tempat yang sesuai untuk membuat Pusingan U. Dalam masa yang sama, pemandu itu mendakwa seorang lelaki bermotosikal datang menghampiri dan memarahinya.
"Datang mamat acah-acah abang kawasan ini, marah-marah tengking driver siap bawa member sekali. Tetapi bila driver tengking balik, tak boleh terima terus dia keluar parang dan ugut nak tetak," katanya.
Berdasarkan video tersebut, pemandu lori berkenaan mengesyaki lelaki itu berada di bawah pengaruh dadah sehingga berani bertindak sedemikian.
Difahamkan, mangsa telah membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.
from The Reporter http://ift.tt/2FJmRJX
via IFTTT