Assalamualaikum. Kali ini nak kongsi kisah seram di asrama dulu. Pengalaman betul, okay! Memang seram bagi saya, paling seram yang saya pernah alami.
Okey, dulu-dulu, masa ini tak tahulah macam mana. Tetapi hijab tu terbuka sikit. Mungkin benda itu nak tunjuk diri atau tiba-tiba ada kebolehan? Wallahualam.
Kisah ini berlaku semasa saya F1. Yelah, masa sebelum masuk asrama tu banyak je dengar asrama ini dikaitkan dengan macam-macam kisah seram semua itu. Alhamdulillah tak pernah kena kacau, tetapi sampailah satu malam ini (dah nak akhir tahun dah masa itu).
Saya ni memang berani sikitlah. Pergi tandas seorang-seorang kalau terjaga di tengah malam. Sebab malas nak kejutkan orang tidur. Ada je dengar bermacam-macam kisah seram, contohnya ada pelajar senior kata dia ternampak 'kawan' dia tengah basuh baju malam-malam bila dia pergi tandas seorang diri. Dia pun peliklah kan, siapalah yang berani basuh baju malam-malam tu weh! Bila pagi keesokan harinya, kawan dia kata dia tak basuh baju pun. Haha! Kecutlah perut si senior tu.
Okey back to the story. Malam itu saya terjaga dan rasa nak pergi ke tandas. Awal lagi rasanya masa tu, lebih kurang dalam jam 12 malam. Tetapi biasalah, lampu di asrama memang ditutup awal. Jadi, tidur pun awal. Tepat-tepat jam 12 memang dah sunyi sepi asrama itu.
Seperti biasa, saya pun keluar pergi ke tandas di tingkat atas sebab tandas di aras saya ini tak ramai orang gunakan dan memang agak seram sikit. Bagi saya, mungkin tandas di tingkat atas okey sikit.
Bila sudah sampai ke tandas tingkat atas itu, sebelum melangkah masuk tandas itu tiba-tiba rasa semacam sangat. Tetapi disebabkan dah tak tahan nak terkucil sangat, saya pun straight saja masuk ke tandas. Malas nak melayan perasaan takut.
Untuk pengetahuan, tandas di tingkat atas ini besar. Masuk-masuk saja tandas itu, di tepi ada ruang basuh baju dan tempat mengambil wudhuk. Di belakang sikit baru ada shower dan bilik air. Takut korang keliru. Tandas ini include semua bilik air, wudhuk, shower, sinki dan lain-lain. Tetapi bilik air itu tempat jamban tu. Jangan terkeliru pula tau!
Jadi, saya pun terus meluru masuk ke bilik air yang menghadap pintu masuk tandas itu. Kiranya tak tersorok sangatlah bilik air itu. Selepas selesai urusan itu, semasa nak keluar dari bilik air itu, tiba-tiba terdengar ada bunyi 'sesuatu' yang masuk pintu tandas. Masa tu memang dah fikir, "nak lari macam mana ni?" sebab dalam hati dapat rasa 'benda' itu bukan manusia.
Saya takut kalau keluar dari bilik air itu, nanti ternampak benda itu menunjukkan rupa dia pula. Saya yang pengsan di tandas nanti (sebelum belum itu tak pernah lagi nampak benda-benda ghaib ini. Fuhh!)
Tak tahulah kenapa, masa tu macam tak boleh berfikir dengan betul dah. Jadi saya duduk dalam bilik air sambil baca surah-surah yang ada di dalam kepala. Ada ke patut saya baca ayat Quran dalam tandas? Aduh la. Takut sangat punya pasal.
Masa itu memang takut sangat-sangat sebab mula-mula dengar ada 'sesuatu' masuk pintu utama tandas itu. Tiba-tiba terdengar sebelah kaki dia itu pakai loceng kalau nak menari itu. Kemudian terdengar satu lagi kaki dia seperti ada besi mengikatnya dan jalan menyeret.
Memang tegak bulu roma sampai tak berani keluar dari tandas itu. Lagilah takut bila bunyi itu tak berhenti. 'Dia' seolah-olah berjalan ke arah bilik saya dari pintu masuk utama tandas itu. Kemudian ke bilik air di sebelah saya. Bunyi itu memang tidak berhenti langsung.
"Sreettt! Sreettt! Sreettt!"
Serentak dengan bunyi gelang kakinya, "Cing.. Cing... Cing..". Tak seram ke weh? Berulang kali pula tu. Seolah-olah dia jalan berulang alik dalam tandas itu untuk menunggu saya keluar dari bilik air itu. Seramnya memang Allah saja yang tahu. Seram sangat sampai hilang mengantuk. Hahaha!
Hmm, memang saya duduk lama sangat dalam bilik air itu, seolah-olah terperangkap. Tak berhenti-henti istighfar dan baca ayat Quran yang ada dalam kepala. Sebab bunyi seretan kaki dia itu memang tak berhenti.
Sepanjang berada di dalam tandas itu, saya tekap saja telinga. Sepanjang malam saya berdiri dalam tandas okey. Memang lenguh kaki saya. Nak duduk tak berani, kotor. Haha!
Sampailah saya terdengar bunyi loceng di blok sekolah saya, yang tidak jauh dari asrama diikuti jeritan yang nyaring. Saya terus menangis. Jeritan nyaris dia itu memang jelas sangat. Dengar macam sayup-sayup jauh tetapi tahu tak? Orang kalau kalau bunyi dia dekat, maksudnya dia jauh. Tetapi kalau sebaliknya pula, maksudnya dekat. Rasa tegak lagi bulu roma pada masa itu.
Bila difikirkan semula pelik juga. Macam mana dan kenapa loceng sekolah berbunyi? Bukan masa untuk rehat ke apa pun tengah pagi buta macam tu. Haih! Tidak lama selepas bunyi loceng sekolah itu, bunyi loceng tapak kaki dan besi pun berhenti.
Kemudian terdengar pula macam ada orang masuk tandas sambil ambil bakul peralatn mandi yang terletak di sebelah sinki tempat mengambil wudhuk itu. Masa itu dalam hati, "Eh? Eh? Macam manusia tapi awalnya dia bangun?". Rasanya bunyi loceng kaki dengan seret itu sudah berhenti sebab ada manusia masuk agaknya.
Jadi saya pun beranikan diri menegur, "Siapa tu?" tak tahu kenapa aku boleh berani nak bertegur pula pada masa itu. Hahaha! Sebab yakin 'dia' yang baru masuk itu manusia agaknya.
Rupa-rupanya bekas kakak angkat saya. "Kak Asilah ni, siapa tu?" soalnya.
Sauya terus buka selak bilik air dan berlari terus memeluk Kak Asilah. Memang dalam keadaan takut dan terketar-ketar. Kak Asilah pun suruhlah saya masuk bilik dan tidur sebab dia nak mandi. Berani gila akak ni mandi seornag diri awal pagi. Saya tanpa banyak cakap, terus turun bilik di bawah tingkat dan tidur. Penat sangat masa itu.
Rupa-rupanya saya duduk di dalam bilik air itu sepanjang malam! Kak Asilah bangun untuk mandi lebih kurang jam 5 pagi. Dari jam 12 malam hingga jam 5 pagi, saya berada dalam tandas dan tak tidur.
Keesokan paginya saya tak pergi sekolah sebab demam panas. Masa tka pergi sekolah ini pun saya dikacau lagi. Haih. Katil saya menghadap ke arah balkoni. Tetapi masa saya tidur itu, kepala saya menghadap ke arah hujung bilik yang juga menghadap ke arah belakang hutan.
Ada time tidur tu tiba-tiba terjaga dari tidur, ternampak dengan jelas kat hujung bilik tu ada seorang perempuan berbaju hijau dengan rupa yang sangat-sangat cantik tengah merenung saya di celah-celah tingkap dengan pandangan yang redup je. Gaya dia macam tak mengacau. Tapi sebab saya masih takut insiden malam semalam, saya pun pejam mata rapat-rapat dan istighfar dalam 5 minit macam itu. Bila bukak mata semula, perempuan tu dah tak ada.
Habis sesi persekolahan hari itu, Kak Asilah pun datang kat saya dan tanya "Zati ke yang kat tandas pagi tadi? kenapa duduk dalam bilik air?"
Mungkin dia pun takut kalau-kalau ada benda yang menyerupai saya. Tapi Alhamdulillah la maksudnya Kak Asilah yang saya jumpa itu memang betul-betul dia dan bukan jelmaan. Huhu. Dua-dua rasa lega sikit. Dan saya pun ceritalah apa yang terjadi pada malam tadi tu.
Sejak daripada kene kacau tu, mata saya tiba-tiba boleh nampak kelibat benda-benda yang tak diingini. Lagi-last dekat kawasan tangki air belakang surau. Tapi memang kawasan situ keras sikit. (Yang peliknya 'kebolehan' tu kat asrama dan sekolah je, kat rumah tak nampak pun)
Sejak dari itu juga saya jadi kurang bercakap, suka bersendiri sebab macam tak ada orang faham. Mereka ingt saya ni macam over buat-buat takut macam kene kacau sebab nak pelepasan untuk balik rumah. LOL. Manusia, Manusia.
Sampailah saya memang tak tahan, then decide nak pindah sekolah bermula F2. Masuk sekolah harian biasa. Ada jumpa ustaz untuk berubat dan Alhamdulillah akhirnya hijab tiu akhirnya tertutup sampailah sekarang. Walaupun lepas PMR tu masuk sekolah berasrama lain pula.
Pesanan untuk adik-adik yang tinggal di asrama, kalau dah dengar cerita seram dari senior-senior tentang asrama korang, sebolehnya kejutlah kawan korang tu teman pergi tandas tengah malam. Walaupun maybe ada je kisah kawan yg awak kejut tu bukan orang pun. hahaha. okay-okay, senang kira kurangkan minum air sblum tidur, dan kalau boleh sebelum tidur tu terus awal2 buang air kecil atau besar tau!
Percayalah, kat mana-mana pun ada benda itu. Jagalah diri, dan yang penting jaga solat walau dimanapun kita berada. Semoga kite sentiasa dalam lindunganNya. Tapi ye lah, kekadang benda tu memang saje nak usik kot. Hihii. Tak tahulah kisah ini seram ke tak bagi korang. tapi yelah, kalau korang tak feel sendiri memang la cakap tak seram kan. Cuba kalau kena kat diri sendri? haa.
Anda pernah mengalami pengalaman/peristiwa seram? Hantarkan kisah seram anda kepada kami di thereportermyofficial@gmail.com
from The Reporter http://ift.tt/2DHAGXf
via IFTTT