Seorang bayi lelaki maut terkena renjatan elektrik ketika bermain mesin permainan kanak-kanak yang beroperasi menggunakan syiling.
Dalam kejadian Khamis lalu di Fuzhou, China, mangsa berusia setahun dibawa oleh datuknya ke sebuah kedai serbaneka dan meletak cucunya dalam mesin permainan tersebut sementara dia duduk di sebuah kerusi berhampiran sambil memerhatikannya.
Selepas 10 minit kemudian, warga emas itu ternampak cucunya keletihan lalu mengambilnya dan berehat di belakang mesin permainan itu seketika dan dalam masa yang sama bayi itu terpijak wayar elektrik yang terdedah dan terkena renjatan elektrik.
Mangsa terus rebah dan tidak sedarkan diri. Warna matanya bertukar hijau. Mangsa dikejarkan ke jabatan kecemasan di hospital berhampiran, malangnya doktor tidak dapat menyelamatkannya.
Ekoran kejadian itu, polis telah menutup kawasan kejadian itu untuk menjalankan siasatan.
Bapa saudara mangsa juga menunding jari terhadap pemilik mesin permainan itu yang didakwa tidak membuat penyelenggaraan yang betul sehingga wayar mesin itu terdedah begitu sahaja.
Menurut bapa saudara mangsa, kejadian itu sepatutnya dapat dielakkan sekiranya pemilik mesin berkenaan membalut/menutup wayar terdedah itu dengan pelekat wayar.
Dia juga mendesak pihak berkuasa menyiasat kejadian itu dan mengenakan hukuman yang setimpalnya terhadap pemilik mesin terebut.
Sumber: China Press, World of Buzz
from The Reporter https://ift.tt/2JjSyuO
via IFTTT