'Dia samun handphone, RM700, suruh buka baju dan kurung dalam bilik' - Kisah benar mangsa diculik 2 lelaki menyamar sebagai polis


Jenayah berlaku di mana-mana sahaja tanpa mengira kawasan atau jantina. Tujuan mereka hanya satu iaitu bermotifkan wang ringgit. Seorang pengguna twitter, Suhaimi, berkongsikan bebenang mengenai kejadian yang menimpa sepupunya. Nasib menyebelahi sepupunya apabila dia berjaya melepaskan diri dari bilik kurungan.

Mangsa yang ketika itu baru sahaja pulang dari kedai, ditahan oleh dua orang lelaki yang menyamar sebagai polis. Dia dipaksa ke 'balai polis’ kerana didakwa tidak membawa kad pengenalan. Dua lelaki terbabit juga merampas telefon bimbitnya dan wang tunai mangsa. Mangsa juga dipaksa untuk membuka baju. Dia turut terkejut apabila mendapati sudah ramai mangsa yang diculik oleh lelaki berkenaan. Suhaimi menasihati kepada semua lebih-lebih lagi kaum wanita supaya berhati-hati dengan keadaan sekeliling.

AKU nak share sikit pengalaman sepupu aku pernah kena culik tahun lepas. Baru sekarang dia cerita hal sebenar. Sepupu aku ni dia tak sekolah dari kecik atas faktor keluarga susah. So dia terpaksa berkerja seusia awal belasan tahun. Umur dia 18, lelaki. 

Dia biasa kerja kilang dan kerjanya sebagai buruh kasar. Semua duit hasil bulanan kerjanya, dia bagi pada penjaga untuk sara hidup sekeluarga dia. Pada satu hari tu, dia ditawarkan kerja kontrak pasang perabot bangunan hotel yang sedang dibina. Dia pun pergi kerja di area Ampang, Kuala Lumpur.

Lebih kurang dua minggu kerja, dia ditimpa musibah yang mungkin dia akan ingat sampai bila-bila. Selepas dia dapat gaji separuh bulan, dia turun bawah ke kedai runcit beli barang dapur sikit. Orang bujang tak banyak barang dibelinya, cuma ikan dan sayur je.

Semasa dalam perjalanan balik, ketika itu selepas maghrib, tiba-tiba dia ditahan oleh dua orang polis yang menaiki motor.  Polis itu  yang memakai jaket di luar dan baju polis di dalam datang padanya dan bertanyakan pada sepupu aku ni.

"Kau nak ke mana? Buat apa sini? Ada IC tak?" 

Sepupu aku jawablah macam biasa, cuma IC saja tertinggal kat tempat kerja. Tanpa banyak soal, polis tu tuduh dia ni tak ada IC. Kemudian paksa ikut diorang pergi ke balai. Pada mulanya sepupu aku tak nak sebab dekat je tempat kerja tu, boleh je bagi tengok IC. Tetapi polis tu berkeras juga. Dia paksa sepupu aku naik motor dia tanpa banyak soal. So sepupu aku pun ikutlah dalam keadaan tidak memakai helmet, dengan motor polis tu pula motor kapcai saja. Dia diam sajalah.

Yang tak boleh blah, polis tu bawa macam orang gila dan laju nak mampus sehinggakan lampu merah pun dia langgar. 

Selepas tu, dia berhenti kat satu lorong yang tak ada orang lalu lalang. Masa tu la dia turun, terus dia acu pisau kat sepupu aku.

"Bak sini dompet, handphone dan semua yang ada kat badan kau."

Handphone dan duit dia RM700 disamun, yang hanya tinggal ikan dan sayur saja dalam plastik. Masa tu sepupu aku sedar dia disamun. Menggeletar jugalah dia. Apa-apa pun dia selamat. Tetapi penculik tu belum habis kerja dia lagi. Dia bawa sepupu aku ke satu rumah kosong yang dekat dengan tempat dia berhenti motor tu. Dia suruh buka baju, bukan dia nak rogol! Dia nak amik gambar saja dan suruh senyum then berdiri tegak.

Masa tu sepupu aku habis dah bergetar tubuh sampai terkencing dalam seluar. Perasaan takut itu hanya Allah saja yang tahu. Selepas itu, penculik tu panggil dia untuk tunjuk something di dalam handphone dia. Apa yang korang rasa ada dalam handphone dia? Itulah dia mangsa-mangsa yang dia pernah culik sebelum ni!

Gambar lelaki separuh badan bogel. Perempuan faham-faham saja la, bogel seluruh badan. Ada gambar yang diorang tidur sekali pun ada ! Nauzubillah. Dalam hati aku, apalah jadi kat diorang tu semua. 

Berbalik pada cerita dia tadi, selepas ambil gambar, dia bawa sepupu aku dan sumbat dia dalam bilik then kunci. Sepenuh hati dia merayu mintak tolong lepaskan dia bagai tapi diorang buat bodoh saja. Diorang tak pukul, cuma kurung saja dalam keadaan macam tu. 

Allah Maha Besar, Allah tolong dia. Dia ada akal untuk cari jalan keluar. Dia keluar melalui tingkap, tapi dia buat diam-diam takut penculik dengar. Alhamdulillah dia terlepas. Bila dah lepas, dia punya lari tu memang tak ingat dunia dah, pandang belakang pun tak. Dia tak tahu nak lari arah mana, mujur ada masjid.  Masa itu waktu selepas Isyak.

Dia terus ke arah masjid. Dia meredah semak dengan tidak memakai baju, menuruni bukit menuju ke arah masjid bawah bukit sana. Tangan dan kakinya luka terkena dahan kayu.  Sebaik sahaja sampai di masjid, dia menjerit meminta pertolongan jemaah masjid. Kecoh satu masjid. 

Mereka kemudiannya ke kawasan tu, dengan bantuan polis sebenar. Bila sampai je diorang dah tak ada, yang ada rangka-rangka motor curi, kerja penculik tadi tu lah. Ada pula salah seorang masa tu cakap  "Ini rangka motor EX5 aku ni, Ya Allah!!"

Hmmmm. Alhamdulillah, dia betul-betul selamat. Ada seorang pakcik teksi tu tolong hantar dia balik ke tempat kerja tu. Then keesokkan harinya, dia berhenti kerja.

Kesimpulan yang aku nak beritahu korang. Tolong la, tolong jaga diri baik-baik. Kita tak tahu apa yang ada kat luar sana. Cerita ni macam drama kan?  Tapi inilah realiti yang membuatkan sepupu aku trauma beberapa hari. Kalaulah dia tak selamat masa tu, berkemungkinan besar dia kena culik jual organ atau sebagainya. 

Kalau perempuan pula lagilah, tak boleh nak bayangkan. Perempuan tolonglah berhati-hati. Jangan suka-suka keluar malam. Awak tu lemah dan bukan macam lelaki. Kalau terdesak keluar pun bawalah member. Lelaki pula, hati-hati jugalah sebab diorang lelaki pun berani culik. 

Kisah ni aku sekali lagi beritahu untuk korang jadikan sebagai pengajaran. Terpulang pada hak masing-masing nak percaya atau tidak. Aku tak paksa pun. Kalau ada yang nak jumpa sepupu aku, silakan. Tapi jangan soal banyak sangat, dia tengah trauma sikit.

Kisah Benar
Mangsa - ALAM SHAH BIN ABD KARIM

Terima kasih



from The Reporter https://ift.tt/2Hv1CAw
via IFTTT