Elakkan perkara khurafat, Kerajaan Saudi larang jemaah umrah/haji melawat 6 tempat ini


Bagi bakal jemaah umrah dan haji, bermula semalam, Khamis, 19 April 2018, Kerajaan Arab Saudi telah mengenakan larangan melawat atau menziarahi beberapa tempat yang disenaraikan atas sebab-sebab tertentu. 

Perkongsian maklumat ini dimuat naik oleh laman Facebook Mutawwif.com yang difahamkan mendapat informasi dari ibu pejabat Andalusia. 

BERITA sedih dari Tanah Suci Mekah dan Madinah kepada bakal jemaah umrah dan haji. Bermula semalam, Khamis, 19 April 2018, Kerajaan Saudi telah menetapkan larangan melawat/menziarah beberapa tempat yang disenaraikan. 

Saya mendapat maklumat ini dari HQ Andalusia semalam, Muassasah hantar notis melalui faks. Bagi semua departure, Ziarah Luar Kota Mekah dan Kota Madinah perlu dikeluarkan aturcara berikut: 

LARANGAN MELAWAT:

  • Ziarah Luar Madinah - Keluarkan dari aturcara program ke Ladang Kurma.
  • Ziarah Luar Mekah - Keluarkan dari aturcara program ke Jabal Thur, Jabal Noor (Gua Hira')
  • Ziarah Thaif - Keluarkan dari aturcara program ke Bani Sa'ad, Masjid Ku', Masjid Ibnu 'Abbas.
Bagi pakcik, makcik, abang, kakak, yang belum pergi ke tanah suci, peluang menziarah ke tempat-tempat peninggalan sejarah (atsar Rasulullah saw dan sahabat) sudah semakin berkurangan. Hanya sekadar boleh melihat dari jauh dan dari dalam bas sahaja. 


Alasan larangan dikeluarkan:

  1. Ada jemaah India, buat tawaf keliling pokok di perkampungan Bani Sa'ad di Thaif, untuk mengelakkan perkara khurafat dan bida'ah. Tidak dibenarkan lagi jalan-jalan / ziarah-ziarah ini. Hanya fokus kepada Masjidilharam dan Masjid Nabawi sahaja. 
  2. Terlampau ramai di ladang kurma dan tertumpu pada satu-satu ladang kurma sehingga menyesakkan jalan menyebabkan jalan tertutup. 












PERINGATAN: Kepada yang sedang pergi, jangan melakukan perkara-perkara yang pelik dan tingkah laku yang boleh menjejaskan orang lain. Walaupun ada disebut khusus jemaah India, tidak dapat dinafikan ada juga segelintir daripada jemaah Malaysia dan Indonesia juga didapati melakukan perkara-perkara pelik, usap itu dan ini. 

Belum kira yang pergi mengambil toyol dan lain.lain. Jika ada yang melanggar arahan akan dikenakan denda Sr5,000.

Sumber: Mutawwif.com, Ustaz Amir Hidayat


from The Reporter https://ift.tt/2HOK2V8
via IFTTT