Jari hampir putus angkara penyepit besi


Kemalangan kecil di rumah boleh dielakkan sekiranya anda mengambil langkah berhati-hati dan tidak menggunakan sebarang perkakasan yang boleh mendatangkan kecederaan pada diri ketika menggunakannya. 

Baru-baru ini seorang wanita mengalami kecederaan di jari akibat terkena sepitan penyepit besi ketika menggunakan alat tersebut. Disebabkan kecederaan itu, mangsa terpaksa menerima enam jahitan dan kukunya terpaksa dibuang. 

JUST nak share pengalaman yang mendukacitakan. Kisah ini berlaku petang tadi (19 April 2018) pada adik saya. 

Ketika dia sedang memasak di dapur menggunakan penyepit besi, dia cuba membuka kekunci besi pada penyepit ini menggunakan jari tangan sebelah. Tetapi terlepas dari tangan sendiri dan tanpa dia sedari, jarinya sudah berdarah dan hampir putus. Yelah, nak cepat capai apa yang ada di depan mata. 

Sesiapa yang ada menggunakan penyepit ini, eloklah berhati-hati atau pendek kata terus buang saja bagi mengelakkan kejadian seumpama ini berlaku pada diri anda sendiri. Malang tak berbau kan? Di rumah sendiri pun boleh berlakunya kemalangan kecil. 

Adik saya terus pergi ke hospital dan mendapat enam jahitan serta kukunya terpaksa dibuang bagi memulihkan jari tersebut. Semoga cepat sembuh ye. 





Dan penyepit inilah yang saya selalu gunakan untuk menggoreng ikan atau ayam. Memang berbahaya sebenarnya. Eloklah bertukar kepada penyepit lain yang lebih selamat. 

Penyepit dalam gambar ini dari rumah saya sendiri. Saiznya agak kecil sedikit dari penyepit yang digunakan oleh adik saya yang lebih besar dan nipis serta lebih murah harganya. 



from The Reporter https://ift.tt/2HSMMAH
via IFTTT