'Kita semua kat bawah, siapa pasang muzik kat atas?'


Assalamualaikum admin. Haa saya ada satu cerita seram ni. Oh, apa-apa pun nama saya minta dirahsiakan ye. 

Kisah ini berlaku tak silap dua tahun lepas. Masa itu kami sekeluarga still duduk kat rumah itu. Sekarang dah pindah alhamdulilah. Ayah dengan mak ni ustaz dan ustazah. Tetapi nak kata keluarga kami ini serba lengkap islamik, tak adalah juga. Anak-anaknya lagha. 

Setiap maghrib selalu solat lambat. Abang-abang main game, saya tengok Instagram. Adik-adik main kat luar. Jadi al-kisahnya satu hari itu, satu keluarga solat maghrib berjemaah. Semua ahli keluarga ada termasuk yang bongsu tiga tahun. 

Tengah solat rakaat kedua, saya dengar kat atas (tingkat 2) ada pasang muzik, sedangkan semua orang berada di bawah. Kalau orang kat bawah, phone pun mestilah kat bawah ye dak? Jadi dah abis wirid doa semua, saya tanya la yang lain.

"Dengar tak ada orang pasang lagu kat atas?"

Abang Angah saya angguk, mak saya angguk tapi yang lain tak dengar. Abang Angah pun cakaplah, "Selalu dengar orang naik tangga juga," sambil turunkan bulu roma dia yang meremang itu. Saya dah buat muka kat situ (yelah sape je tak takut). 

Mak saya pun cakaplah, "Haa biasanya kan awak semua pasang kat bawah, hari ini semua kat bawah dia pasanglah kat atas. Hahaha," dengan nada sinis. 

Selepas lipat sejadah semua, tengok bola (musim bola la katakan). Tiba-tiba saja dengar orang naik tangga. Saya ingat saya je yang dengar, tetapi semua orang saling pandang sesama sendiri. 

Mak saya tanyalah saya, "Abah dengar kan?" dan ayah saya hanya mengangguk. (Kalau ayah saya dengar tu haa kira ganaslah benda itu) 

Insaf ler kitorang adik beradik. Hahaha moral is jangan lagha sangat sampai benda tu pun dah terbiasa lagha dengan kita hahaha. Sekian, thanks admin. 

Hantarkan kisah seram anda ke thereportermyofficial@gmail.com


from The Reporter https://ift.tt/2qxgqTR
via IFTTT