'Memang taklah nak minum kopi ni' - Reaksi netizen bila melihat gambar proses kopi luwak


Kopi merupakan antara minuman yang menjadi kegemaran sesiapa sahaja tanpa mengira waktu. Di antara berjuta-juta  jenama kopi yang terdapat di dunia, kopi luwak merupakan kopi yang termahal di dunia. Biji kopinya mencapai harga sehingga USD100 per 450 gram. 

Kopi ini dikenali sebagai kopi yang mahal kerana ia merupakan campuran biji kopi yang diambil dari sisa najis luwak atau musang. 

Kopi Luwak sudah lama terkenal di kawasan Asia Tenggara, namun semakin menjadi perhatian peminat kopi gourmet setelah diiklankan pada tahun 1980-an. Siapa yang dapat menyangka biji kopi yang mahal ini sebenarnya adalah campuran daripada pencernaan seekor musang.

Sejarah di sebalik kopi luwak ini adalah semasa di zaman penjajahan Belanda di Indonesia. Pada ketika itu, para petani di Indonesia dipaksa untuk menanam kopi. Mereka juga dilarang untuk merasa biji kopi tersebut walaupun hanya sebiji. 



Bagaimanapun, mereka mendapati musang memakan tanaman kopi itu dan najisnya mengandung biji-biji kopi yang tidak dapat dicernakan. Sebahagian dari petani kemudian memungut najis haiwan berkenaan dan membersihkannya bagi mendapatkan semula biji-biji kopi itu. 



Biji-biji kopi itu kemudian dikeringkan dan ditumbuk sebelum dibancuh menjadi kopi. Hasilnya, kopi itu jauh lebih enak untuk dinikmati berbanding kopi yang diambil dari pokok. 

Keenakan kopi luwak itu kemudian sampai kepada pengetahuan orang Belanda, menyebabkan mereka kagum dan mula menghasilkan kopi luwak dan menjualnya ke seluruh dunia. 


Bagi penggemar kopi, keenakan kopi luwak adalah berdasarkan kepada dua faktor iaitu haiwan berkenaan mahir memilih buah kopi yang terbaik untuk dimakan. Oleh itu, biji kopi yang diperoleh darinya mempunyai kualiti yang tinggi. Selain itu, ketika biji kopi dicernakan ia menyerap enzim di dalam saluran pencernaan haiwan tersebut. Hasilnya, rasa kopi itu seperti coklat dan tidak pahit. 

Baru-baru ini viral di media sosial cara penghasilan kopi luwak yang membuatkan netizen dan khususnya penggemar kopi luwak terkejut. Malah, mereka tidak menyangka di sebalik harga yang mahal itu tersembunyi 'rahsia' kandungannya yang tidak dijangkakan.




from The Reporter https://ift.tt/2qR8FJv
via IFTTT