Penunggang motosikal maut terjerut kabel


BANGKOK: Polis sedang menyiasat bagaimana kabel gentian optik terjatuh dan menyebabkan seorang penunggang motosikal wanita meninggal dunia, lapor The Nation.

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 5.00 petang Rabu di hadapan Sekolah Khon Kaen Nakhon, mangsa, Maneenetr Charoenngao, 40, terbunuh di tempat kejadian apabila lehernya terjerut pada kabel yang tergantung sehingga hampir memenggal kepalanya.

Timbalan Ketua Polis Muang Khon Kaen Kapten Singha Hong-on berkata, ia adalah kabel kecil yang tajam dan merupakan gentian optik yang disaluti dengan plastik hitam yang kuat. 

Beliau berkata, pihak polis masih menyiasat  punca sebenarnya yang menyebabkan kabel itu terjatuh dari kabel kuasa  utama dan tergantung. 

Hasil siasatan pihak polis melalui video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati, ada sebuah trak yang melalui kawasan itu dan seorang pekerja di belakang menundukkan kepalanya untuk mengelakkan kabel tersebut.

Maneenetr menunggang motosikalnya ketika itu datang dari arah yang bertentangan tidak menyedari kabel gentian itu lalu terjerut menyebabkan mangsa bersama motosikalnya terjatuh.



Singha berkata pihak polis sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa elektrik wilayah berkenaan bagi mengenalpasti syarikat yang memiliki kabel tersebut.

Anak sulung mangsa, Kanokwan Panyapim berkata, keluarganya akan berusaha sehingga berjaya mencari pihak yang bertanggungjawab kerana ibunya adalah punca utama pendapatan bbagi keluarganya.


from The Reporter https://ift.tt/2r3fmIm
via IFTTT