Assalamu'alaikum admin. Cerita saya pendek je, sorry kalau tak seram. Hide my name ye.
Kejadian ni berlaku masa umur saya dalam 13 tahun. Sekarang dah 23 tahun, tapi kalau ingat balik kisah ni memang takutlah.
Ada satu malam ni, saya temankan ayah di ruang tamu rumah sebab ayah tengah buat kerja. Waktu tu dah pukul 11 malam. Ayah buat kerja sambil sambil tu saya main seorang diri. Tiba-tiba ayah panggil, dia suruh saya ambilkan teh tarik kat dapur. Hahah1.
Tapi since dah malam kan, dan dapur pun gelap sebab dah tutup lampu, saya berlari ke bilik orang gaji sebab nak suruh dia temankan saya ke dapur. Padahal dapur tu sebelah ruang tamu je. Tapi sebab takut punya pasal, sanggup jugak nak pergi bangunkan orang gaji. Hahaha.
Lepas bangunkan orang gaji tu, saya tunggu dia balik kat ruang tamu. Dalam beberapa minit selepas tu, orang gaji saya melintas ruang tamu tu terus masuk ke dapur. Saya nampak rambutnya serabut dan jalan pun macam zombie sikit. Tapi saya pun tak peduli sangat sebab dia baru bangun, kan.
So saya pun terus ikut lah dia ke dapur. Tapi bila dah sampai dapur, saya hairan kenapa dia tak buka lampu. Dapur masih gelap. Bila saya buka lampu, saya mula cuak sebab takde orang kat dalam tu!!
Lepas tu saya terus berlari ke bilik dia and guess what?? Dia masih kat dalam bilik gais!!! Rupa-rupanya lepas saya bangunkan dia dan keluar ke ruang tamu, dia tertidur semula sebab mengantuk sangat. Jadi, siapa yang melintas masuk ke dapur tadi tu??
Hantarkan kisah seram anda ke thereportermyofficial@gmail.com
from The Reporter https://ift.tt/2GYppZj
via IFTTT