Assalammualaikum admin. Saya nak cerita masa first saya masuk asrama. Selama ni tak pernah duduk asrama pun. Tapi rezeki dari Allah diterima untuk duduk asrama. Sebelum itu, panggil saja saya Az (bukan nama sebenar).
Asrama saya ini di Kuala Selangor dan tempoh pembelajaran 4 tahun. Saya ambik kos pengurusan pangkalan data. Asrama saya ini ada tiga blok. Ketiga-tiga blok itu untuk aspuri sahaja. Dua blok digunakan oleh aspuri dan sebuah lagi blok kosong sebab waktu itu pelajar bukan ramai sangat.
Untuk pengetahuan semua, blok kosong itu mengadap kelapa sawit and gelanggang bola kerajang. Okay, malas cerita detail pasal blok ini. Saya nak cerita pengalaman kena histeria.
Kejadian ini berlaku lima tahun lalu. Saya pelajar yang lambat daftar, kiranya third intake. Yang third intake hanya tiga orang sahaja termasuk saya. Masa itu kitorang dianggap junior. Lagipun ada senior and masa tahun itu, senior nak SPM.
Disebabkan masuk lambat dan bilik dah penuh, saya dengan dua orang kawan saya ini dapat bilik yang sudah lama tak dibuka. Kitorang memang tak fikir apa asalkan dapat bilik. Bayangkan katil ada sepuluh, yang duduk tiga orang. Saya ni hijab dah terbuka, boleh nampak benda ‘halus’ ini. Nak tutup dah tak boleh.
Okay, pada mulanya semuanya baik-baik even ‘home sick’. Tiada apa-apa yang luar biasa berlaku. Sehinggalah satu malam ini, ada senior lepak di dorm kitorang. Yelah, nak berkenal-kenalan dan bukan senior saja, ada kawan baru yang sama batch pun ada. Kawan saya dua orang ini lepaklah dengan diorang tetapi saya tak tahu kenapa malam itu penat sangat dan mengantuk. Jadi saya ambil keputusan untuk tidur awal.
Tepat pada jam 12.00 tengah malam, saya tiba-tiba bangun dan badan berpeluh. Diorang tak tidur lagi, masih ligat bersembang. Masa saya bangun, diorang pelik dan salah seorang dormmates saya kata,
"Eh? Apsal dia tiba-tiba bangun? Dia kalau dah tidur, tidur terus," katanya.
Masa itu senior dengan kawan-kawan saya kata diorang dah rasa semacam bila saya bertindak seperti itu dengan tendang pintu, selepas itu keluar dorm, masuk balik dorm dan tidur di katil berhabuk di tepi tingkap.
Masa saya tidur, diorang kata saya ketawa dengan tiba-tiba. Senior yang lepak itu datang mendekati saya dan kemudian dia kata saya termenung tanpa kelipkan mata. Bayangkanlah, tak kelipkan mata, hawau! Senior itu terus turun pergi rumah warden. Kalau dah pergi rumah warden, tahulah apa sebabnya.
Saya ingat lagi masa saya termenung, saya nampak seorang budak lelaki seperti meminta tolong dan badan dia kena bakar. Bukan itu sahaja, ada perempuan berambut panjang siap memandang saya dan membuatkan saya kaku.
Warden sampai saja, saya terus menangis dan menjerit. Bila diorang baca ayat Al-Quran, badan saya panas dan meraung dengan kuat. Warden suruh panggil budak dorm sebelah untuk minta tolong bacakan yassin.
Masa itu saya dipindahkan masuk ke dorm sebelah. Masa diorang baca ayat Al-Quran dan Yassin, diorang nampak mata saya merah dan berdengus dengan kuat sambil memandang ke atas. Salah seorang rakan saya yang juga hijabnya terbuka berkata, dia ternampak ada perempuan berambut panjang dengan pakaian putih berada di atas saya. Saya meraung dan menjerit kepanasan, malah diorang kata saya hampir merempuh pintu dorm.
Warden menghubungi ibu bapa saya untuk membawa saya pulang. Masa itu saya dah tenang sikit tetapi badan masih terasa berat. Ibu bapa saya datang membawa saya pulang, malangnya 'benda' itu turut mengikuti saya pulang.
Bila ibu bapa saya ajak solat jemaah, saya ikut tetapi dalam keadaan malas. Habis solat jemaah, ibu bapa saya bacakan Yassin dan saya baring di paha ibu. Guess what apa yang saya nampak? Benda itu di atas saya dan membuatkan saya terkaku sekali lagi. Ibu beri saya minum air Yassin dan saya lelap seperti biasa.
Sampai sini sajalah. Sebenarnya ada sambungan. Kalau rajin, saya sbuat. Nak tunggu sambungan, tunggulah, kalau tak nak pun saya tak kisah. Thanks admin. Bye.
Hantarkan kisah seram anda ke thereportermyofficial@gmail.com
from The Reporter https://ift.tt/2Hj0C2n
via IFTTT