(Video) Bayi tertelan pengetip kuku


Seorang bayi lelaki berusia 16 bulan dikejarkan ke hospital selepas secara tidak sengaja tertelan pengetip kuku, lapor Daily Mail.

Dalam kejadian pada jam 3 petang, 17 April di kediaman mereka di Changchun, China, si ibu yang tidak didedahkan namanya itu sedang memotong kuku bayinya, Feifei. Namun secara tiba-tiba Feifei merampas pengetip kuku itu dan terus berlari di sekitar rumah.

Si ibu kemudian mengejar Feifei untuk mendapatkan semula pengetip kuku tersebut. Malangnya Feifei menyangka ibunya sedang bermain kejar-kejaran dengan dia lalu meletak pengetip kuku itu di dalam mulut.

"Saya sedang memotong kukunya dan secara tiba-tiba dia terus mengambil pengetip kuku itu dari saya dan berlari di sekitar rumah," katanya.

Panik dengan kejadian itu, si ibu terus menepuk belakang badan bayinya itu agar objek itu dikeluarkan dari mulutnya. Bagaimanapun tindakan si ibu membuatkan keadaan menjadi lebih teruk apabila mangsa tertelan pengetip kuku tersebut.

Bimbang dengan keselamatan Feifei, si ibu terus membawa anaknya ke Hospital Kanak-Kanak Changchun. Imbasan x-ray mendapati pengetip kuku berukuran 2.4 inci itu berada di dalam perut kanak-kanak berkenaan.

Doktor mengambil masa selama 25 minit untuk mengeluarkan semula pengetip kuku itu dengan menggunakan endoskop.

Sebaik saja objek itu dikeluarkan, Feifei diberi rawatan dan dibenarkan pulang pada hari yang sama.






from The Reporter https://ift.tt/2He4wFz
via IFTTT