'Konon tak baik buat begini di bulan ramadan, eh nak tangkap perompak mesti ada bulan tertentu ke?' - Chef Wan


Laporan berita kediaman bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diserbu dan digeledah pihak polis berkaitan dengan kes 1MDB yang mengambil masa yang lama mencetuskan pelbagai reaksi ramai pihak sama ada dari pemimpin pembangkang, pemimpin kerajaan dan netizen di media sosial. 

Ada yang meluahkan rasa simpati mereka terhadap Najib dan isterinya, Rosmah Mansur yang terpaksa berdepan dengan ujian getir itu di awal ramadan ini. Tidak kurang juga yang mempertikaikan tindakan polis kononnya mengaibkan dan tidak menghormati bekas pemimpin terbabit. 

Namun berbeza dengan pandangan Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan yang menyifatkan golongan berkenaan sebagai pengecut sehingga mudah ditipu kerana cuba menegakkan benang yang basah. 


SO disgusted and felt cheated watching all this lori of stuff that being taken out of Najib home. Pagi ini all that millions of cash to gold bars and watches became the hot topic of every citizen in this country. Itu belum lagi dari menteri-menteri lain yang ketika ini mesti panas hidup mereka anak beranak!

Sibuk penyokong-penyokong dan penyangak-penyangak ini living in denial konon tak baik buat macam ini di masa bulan ramadan dan janganlah aibkan mereka etc. Eh? Nak tangkap perompak mesti ada bulan tertentu ke dan menguna diplomasi dan sebagainya?

Its shocking to see so many cowards in this country. Patutlah mereka-mereka ini ditipu hidup-hidup sampai sanggup nak menggadaikan negara ini. Mereka ini tak faham ke yang segala kita perjuangkan ini untuk siapa jika tidak kerana masa depan generasi kita di masa akan datang? 

Bila melihat kejadian ini, teringatkan kisah the French Revolution berzaman dahulu di mana Queen Marie Antoinette itu sampai dipenggal kepalanya akibat rakyat jelata dizaliminya. What about regime Marcos, Gadaffi, Mubarak, Saddam dan banyak lagi. 

How can we even put up with all this corrupt leaders yang di akhirnya menjerut leher mereka sendiri. Tak payahlah nak nasihat kita yang memperjuangkan keadilan di negara ini dengan lecture-lecture kau orang itu pasal mengaibkan mereka, sedangkan berita ini it's all over the world news pun and it's so embarrasing for this country pun. 

Bangkai gajah itu boleh ke ditutup lagi dik nyiru tu? Jika kita ini bodoh sekali pun, janganlah sombong dan bongkak masih mahu menegakkan benang yang basah lagi. Bila saya bercakap begini, ramai yang sentap tetapi how do we wake up all this Malay people from their sleep and face the truth and reality of this country corruption yang berleluasa sangat?




Malu bangsa kita mahupun negara. Itupun masih ada yang menunding jari menyalahkan Cina kononnya Menteri Kewangan tidak boleh diberikan kepada Cina and all this crap!

Sumber: Chef Wan


from The Reporter https://ift.tt/2GtT7QP
via IFTTT