'Nasi goreng biasa! Mi goreng mamak!' - Apps Cerberus kantoikan pekerja kedai curi telefon pelanggan
Lambakan aplikasi mencegah telefon dicuri di Play Store, sedikit sebanyak membuat pengguna platform Android memilih aplikasi yang mana memberi fungsi lebih menyakin dan menjamin. Menurut @Santeira yang kehilangan telefon bimbitnya baru-baru ini berkongsi tentang kelebihan aplikasi Cerberus.
SAYA tertinggal telefon bimbit di kedai makan. Apabila saya kembali ke kedai itu dua jam kemudian, mereka kata tidak menemui sebarang telefon bimbit dan meminta saya datang semula pada keesokan hari untuk menuntut semula telefon itu jika ditemui.
Saya menggunakan Google untuk mencari telefon saya tetapi telefon telah dimatikan. Apa yang boleh saya buat?
Memandangkan saya jenis yang cuai dan tahu akan mengalami masalah kehilangan telefon sebab sebelum ini pernah berlaku juga, saya mengambil keputusan untuk buat backup plan beberapa tahun lalu.
Saya muat naik aplikasi di Play Store dan bayar keahlian seumur hidup sebanyak RM20. Aplikasi itu ialah, Cerberus.
Memandangkan lokasinya dipadamkan, saya tidak dapat mencarinya melalui peta, hanya tuhan saja yang tahu di mana kedudukannya sekarang. Jadi, saya guna pula fungsi lain pada Cerberus, "Take a picture".
Gambar dirakam dan dihantar terus ke emel yang saya gunakan untuk daftar di laman Cerberus.
Gelap, bermaksud telefon saya disimpan di tempat yang gelap mungkin dalam laci atau beg. Jadi, saya tak tahu di mana ia berada.
Kemudian saya guna fungsi yang seterusnya, 'Record an audio' dan menetapkan rakaman bunyi selama 30 saat dan rakaman yang telah dibuat dihantar ke emel.
This meant my phone was kept in a dark place. My guess was, my phone was kept in some kind of drawer, or a bag. So, still no idea where it was. I then used another function, "Record an audio". Set the recording length to 30 seconds. Audio recording was sent to my email. pic.twitter.com/gJgSIQzQst— Faith (@santeira) May 14, 2018
Dengar tak? Ada bunyi motosikal, spatula besi berlaga dengan kuali dan kedengaran suara pelayan wanita berkata,
"Nasi goreng biasa! Mi goreng mamak!"
Saya seperti kenal tempat itu, tak lain tak bukan, kedai makan di mana tempat terakhir saya nampak telefon saya. Kedai itu seringkali dikunjungi oleh untuk memesan Mi Goreng Mamak kerana keenakannya.
Saya seorang diri di rumah, kalau saya pergi ke kedai makan itu untuk mengambil telefon saya, saya perlukan telefon lain yang mempunyai capaian internet untuk membuatkan telefon saya berdering menggunakan Google Find My Device. Kalau pilih fungsi 'Ring it', telefon saya akan berdering pada bunyi yang paling lantang sekali walaupun telefon telah ditetapkan kepada mod senyap.
Namun ada masalah lain yang timbul di mana bateri telefon cepat menurun. Saya meminta bantuan dari anak jiran dan dengan motosikalnya kami pergi secepat mungkin ke kedai makan itu. Bateri telefon hanya tinggal 4% sahaja dan kalau bateri habis, tiada lagi cara lain untuk menjejakinya.
Jadi, saya plan dengan Aisyah apabila kami tiba di kedai itu nanti, Aisyah akan pergi ke kaunter sementara saya akan gunakan fungsi 'Ring it' dari telefon Aisyah dengan harapan dia dapat mendengar deringan itu.
Aisyah kata dia dengar bunyi deringan itu dalam kedai makan. Pelayan kedai pula bertanyakan soalan-soalan tetapi saya tak endahkan mereka. Mereka kata telefon saya belum ditemui lagi.
Tiba-tiba salah seorang dari mereka berkata telah menemui telefon saya dan mendakwa telefon itu disimpan oleh salah seorang pekerja mereka yang pada waktu itu tiada dalam kedai.
Pekerja itu nampak menggeletar dan keliru. Tetapi deringan telefon saya itu memang lantang. Dia kemudian menunduk ke bawah dan membuka bekas plastik dan mengeluarkan dan menyerahkan telefon itu kepada saya.
Saya bersyukur tak terkata, tetapi mereka sedar akan kehadiran saya awal tadi. Kenapa mereka tak beritahu saya yang mereka sudah menemuinya?
Saya berpura-pura senyum (dan ia berjaya menyakinkan mereka) dan mengucapkan terima kasih kepada mereka yang membantu menyimpan telefon saya buat sementara waktu sebelum kami beredar.
Apabila kami tiba di rumah, Aisyah memberitahu, individu yang menyimpan telefon saya itu adalah penebar roti canai (perempuan). Menurut Aisyah juga, ada seorang pakcik di kejiranan kami pernah kehilangan telefon di kedai makan yang sama dan secara tidak sengaja dia menemui telefon itu pada seorang lelaki Bangladesh yang menjual telefon bimbit terpakai di kawasan kami.
Apabila ditanya, lelaki itu berkata, penebar roti canai dari kedai makan itu yang menjual kepadanya.
Apa pun, saya bersyukur telefon saya berjaya diperolehi semula. Tiada gambar bukan-bukan di dalamnya, hanya gambar keluarga yang saya belum buat backup dan beberapa dokumen.
Mengenai 'Recover from fake shutdown', pencuri kebiasaannya akan cuba mematikan telefon mangsa dalam keadaan telefon itu dikunci (locked). Tetapi kita sebagai pemiliknya selalu cuba mematikan telefon dalam keadaan tidak dikunci (unlocked), kan?
Jadi, apabila ada seseorang yang cuba memadamkan telefon dalam keadaan telefon dikunci, Cerberus akan mainkan animasi kononnya telefon itu dipadamkan. Tetapi disebaliknya telefon itu masih berfungsi. Jika kita daftar masuk dari laman web Cerberus di komputer dan gunakan fungsi 'Recover from shut down mode', telefon itu dalam keadaan online.
Sumber: @Santeira
from The Reporter https://ift.tt/2IgVYCl
via IFTTT