Berang dan cemburu, seorang wanita bertindak menanggalkan pakaian perempuan simpanan (foto kanan) kepada suaminya sebelum menuangkan sos ikan dan serbuk cili ke badan wanita itu, lapor Daily Mail.
Giang Jun, 30, bekerja di sebuah spa kecantikan di Thanh Hoa, Vietnam, jam 10 malam Selasa lalu diserang oleh suspek yang menuduh dia mempunyai hubungan sulit dengan suaminya.
Wanita terbabit menarik rambut dan mengheret Jun ke jalan raya sebelum menanggalkan pakaiannya dan menuangkan sos ikan ke badannya.
Menurut saksi kejadian, David Pam, si isteri terbabit kemudian menuangkan serbuk cili ke atas badan Jun.
Difahamkan, perbuatan seperti itu kini menjadi trend di Vietnam apabila si isteri berdepan dengan perempuan simpanan suami mereka.
Kejadian itu sempat dirakam oleh Pam dan polis kini sedang menyiasat kejadian itu.
"Ramai yang menyumpah seranah wanita itu. Menurut si isteri, dia telah mendirikan rumah tangga lebih 10 tahun sebelum pemilik spa kecantikan itu memusnahkan rumah tangganya.
"Ada sekumpulan wanita yang membantu si isteri yang menarik rambut dan menamparnya. Dia kemudian menuangkan serbuk cili ke badan wanita itu di tengah jalan.
"Mangsa langsung tidak melawan dan hanya terbaring di jalan dan membiarkan dirinya diperlakukan seperti itu. Saya rasa dia dibawa ke hospital kerana kulitnya melecur disebabkan serbuk cili itu," katanya.
Ketua Polis Thanh Hoa, Lam Son Ward berkata, pihaknya menerima panggilan orang awam pada jam 10 malam memaklumkan seorang isteri yang cembur dan menyerang wanita yang dipercayai kekasih suaminya.
"Apabila polis tiba, mereka yang terlibat sudah meninggalkan tempat kejadian. Polis sedang mengenalpasti punca kejadian.
"Ada bukti bahawa jenayah yang dilakukan ini semata-mata mahu memalukan mangsa," katanya.
Polis juga telah mengenalpasti wanita yang menjadi mangsa kejadian itu dan menasihatkannya untuk membuat laporan polis. Tetap, Jun enggan berbuat demikian kerana bimbang dengan kes menjadi semakin teruk.
from The Reporter https://ift.tt/2K8usUA
via IFTTT