'Mereka telah dimomok sehingga merasa memakai tudung jenama itu sebagai simbol kejayaan dan kemewahan'
Industri fesyen Muslimah kini semakin menjadi terkenal dan mendapat perhatian wanita-wanita yang mula berjinak-jinak dengan fesyen terbaru yang patuh syariah. Selaras dengan perkembangan teknologi, industri ini makin mekar berbanding tahun-tahun sebelumnya. Tidak dapat dinafikan juga industri ini berkembang kerana tempias fesyen yang digayakan oleh selebriti-selebriti kegemaran mereka.
Bagi sesetengah wanita, selain daripada keselesaan, pilihan busana atau selendang yang berjenama merupakan satu kepuasan bagi mereka. Walaupun harga yang terdapat di pasaran kadangkala diibaratkan mampu menampung harga perbelanjaan rumah selama sebulan, tetapi bagi mereka fesyen dan jenama merupakan kombinasi bagi wanita untuk kelihatan menarik dan bergaya.
Ada juga sesetengah wanita tidak berminat untuk memiliki busana atau selendang yang berjenama kerana mereka merasakan kualiti dan fabrik tetap sama dengan jenama biasa yang terdapat di pasaran.
Baru-baru ini, viral di media sosial mengenai isu jenama tudung dUCk yang diasaskan oleh ikon fesyen terkenal, Vivy Yusof. Isu ini menjadi viral apabila seorang pengguna Facebook memberikan komentar mengenai tudung ini yang dikatakan kualiti dan fabrik yang dikeluarkan tidak setanding dengan harga. Pengikut setia jenama dUCk ini juga dikatakan telah dimomokan pemikiran mereka sehinggakan mereka merasa dUCk adalah simbol kejayaan dan kemewahan.
OVERPRICES and exaggerate are two different things. Bagi saya DUCK is exaggerate. Kalau isu fabrik berkualiti, saya kira banyak lagi peers duck seperti Arzu, Ariani pun menawarkan fabric yang sama, silk,satin, glossy material.
Kalau jenama dijadikan ukuran, “Vivy is different level”. Why not just go for Hermes, Iv scarf the price range ada dalam US$345 to US$1,000. So for me la, honestly follower duck telah dimomok oleh false memory dalam otak mereka sehinggakan mereka merasa memakai duck adalah symbol of success and luxury which is not.
8 years I have been managing high net worth client in Maybank, rata-rata mereka semua golongan yang berada. Beza mereka dengan kita ialah mereka sangat bertanggungjawab atas perbelanjaan mereka. Ada di antara mereka tidak perlu bergaya mewah, tetapi how they carry themself tampak sangat mewah.
That is why ada quote mengatakan ‘money can't buy you class.’ Apa yang saya pelajari dari mereka ialah jadi pengguna yang sangat bijak from managing our expenses la. Kita mampu membeli membuat simpanan, pelaburan dan sebagainya.
Dan mereka yang kaya-kaya semuanya tidak perlu lagi menonjolkan apa yang dia ada sebab dia tahu dia mampu dapatkan. Sebaliknya rakyat-rakyat marhaen, middle-middle income, berlumba-lumba menunjukkan kekayaan dan barangan (ego centric). Secara tak langsung diorang lack of confident kalau tak memakai barang-barang mewah.
Ada saya nampak, pakai barang mewah tapi tetap nampak cheap and they have to tell other people the price and so on. Berbeza dengan golongan yang ‘self actualization’pakai baju murah pun nampak macam mahal walaupun hanya selipar bata.
Walau apa jua pandangan, seharusnya kita bersikap ‘ukur baju di badan sendiri’ dan jangan pula kita terikut dengan gaya terkini sehinggakan dicop orang lain sebagai seorang yang ‘biar papa asal bergaya'.
Sumber: Siti Musrifa Syah, Maria Marissa
from The Reporter https://ift.tt/2kQfqYv
via IFTTT