'Saya dapat tahu dia adalah seorang lelaki songsang' - Hancur luluh hati isteri terbaca mesej suami dengan teman lelakinya
Jika sesebuah perkahwinan sudah tidak dapat diselamatkan lagi, langkah terbaik bagi pasangan adalah penceraian walaupun penceraian itu adalah satu perpisahan yang menyakitkan. Dan setiap perpisahan itu ada hikmah yang terselindung.
Apabila berlaku penceraian, wanita seringkali dijadikan umpatan dan cacian oleh orang ramai walaupun penceraian itu bukan datangnya dari kesalahan si isteri. Apabila berlaku penceraian juga, perebutan hak terhadap penjagaan anak-anak juga akan terjadi.
Situasi-situasi ini bukan sahaja kita dapat lihat melalui drama-drama di kaca tv malahan situasi ini juga berlaku di alam realiti kehidupan. Seorang wanita meluahkan perasaannya di Facebook mengenai isu penceraiannya dan beliau mendakwa penceraiannya juga berlaku atas faktor bekas suaminya menjalinkan hubungan songsang. Kisahnya menjadi tular di media sosial dan mendapat perhatian netizen.
SELAMA ini saya hanya berdiam diri saja dengan cerita-cerita mengenai saya dan saya tidak kisah apa pandangan orang mengenai penceraian saya.
Hari ini, saya mahu ceritakan kerana saya dapat tahu bahawa dia adalah seorang gay. Saya terbaca mesej-mesej dia dengan teman lelakinya yang bernama Luqxxx yang lahir pada tahun 1990. Segala aktiviti mereka saya ketahui, dari percutian mereka ke Maldives, borak mengenai horny dan saya melihat video lucah lelaki tersebut kepada bekas suami saya.
How to detect a gay? Nanti saya cerita.
Setelah itu, beliau tidak mahu tinggal bersama meski pun saya sudah menerima jika tiada hubungan kelamin dalam perkahwinan kami. Ini antara saya dan dia sahaja. Tetapi semenjak balik Malaysia pada bulan November tahun 2016, beliau tidak mencari rumah untuk tinggal bersama dengan alasan tidak cukup duit dan saya disuruh tinggal bersama ibu saya.
Pada bulan Oktober 2017, saya telah memfailkan fasakh kerana tidak ada hubungan kelamin lebih dari setahun dan pada ketika itulah beliau meminta untuk bercerai secara baik.
Orang lain saya tak nak komen. Selama ini saya mendiamkan perkara ini walaupun keluarganya mencanangkan saya tak pandai masak dan macam macam lagi.
Setelah itu, saya menjaga anak saya sendiri. Mak saya bekerja setiap Isnin sehingga Jumaat waktu pejabat. Saya membesarkan anak saya sendiri sejak semenjak 5 bulan dalam kandungan. Kami sentiasa kemana mana bersama. Banyak saksi. Saya pergi ke Kuala Lumpur pun saya akan bawa Camilla sekali.
Kami telah sah bercerai pada bulan Oktober 2017. Semenjak itu beliau hanya memberikan saya RM400 sebagai nafkah anak. Walhal gaji beliau lingkungan RM20,000 ke atas. Semasa awal perkahwinan, gaji beliau sekitar USD22,000. Setelah berpindah ke Petronas Malaysia, saya tidak tahu gaji beliau.
Setelah bercerai, rezeki saya sentiasa ada. Saya tidak memerlukan duit dia untuk tampung hidup saya. Sehingga kini, dia masih belum membayar duit edah. Carta aliran wang masuk ke akaun saya untuk bulan Mei 2018 sahaja lebih dari RM20,000 kerana selama ini saya tidak berkira untuk belanja anak. Harga kereta beliau sahaja RM5,000 sebulan. Tetapi belanja anak berkira.
Rumah sewa saya menetap sekarang RM1,000 sebulan. Sudah 8 bulan saya tinggal tanpa meminta apa apa duit sewa dari dia, separuh duit sewa rumah harus dibayar oleh bapa. Tadi di perbincangan sekolah, pegawai menetapkan anak dibayar RM1,060 sebulan mengikut perbelanjaan dan kemampuan bapa. Bapa pakai seluar dalam jenama Ralph Lauren, tetapi beliau menyuruh membeli baju anak di Mydin.
Ketika mahu pulang, saya memberi kebenaran dia untuk pegang anak. Tetapi di dalam lif, dia dan ibunya mahu mengambil anak saya pulang. Mak mentua cakap mata saya seperti setan dan Camilla ini hak anaknya. Benih anaknya. Saya cuba mengambil anak saya. Tetapi saya ditumbuk oleh beliau berkali-kali. Kejadian ini disaksikan orang awam dan polis. Polis menyuruh membuat laporan.
Petikan dari ibu beliau sebentar tadi, "Kalau nak jaga sendiri, kenapa nak tuntut nafkah?" Saya bersedia jika beliau tidak masukkan 1 sen, tetapi Camilla harus dibintikan abdullah.
Saya ke mahkamah berdua sahaja dengan Camilla, kerana ibu dan keluarga saya tidak suka campur tangan. Dan saya diam selama ni sebab dia tak minta anak, ekoran belum putus susu badan. Tetapi hari ini saya tak boleh terima bila dia nak ambil anak saya.
Sumber: Ayshah Abdul Rahman
from The Reporter https://ift.tt/2kVIUo5
via IFTTT