Menurut beliau, kejadian itu berlaku pada Selasa lalu yang menyebabkan anak perempuannya terpaksa dimasukkan ke Hospital Selayang selama empat hari.
"Anak saya telah dimasukkan ke wad Hospital Selayang selama empat hari. Dia telah cedera di bahagian mulut, benjol di belakang kepala (selepas benjol surut, ada kesan melecur), lebam di pipi, telinga dan leher serta luka di kaki.
"Anak saya mengalami trauma selepas kejadian ini," katanya.
Ekoran kejadian itu, pengasuh yang diamanahkan untuk menjaga anaknya itu telah melarikan diri dan lokasi terakhirnya dikesan adalah di Selayang Baru.
"Sehingga hari ini, (pengasuh) masih belum ditemui. Sesiapa yang ada terjumpa (pengasuh berkenaan) diharap dapat menghubungi pihak polis.
"Harap suspek dapat ditemui sebelum orang lain menjadi mangsanya. Semoga nasib anak saya terbela," katanya.
Keadaan mangsa sebelum dan selepas kejadian | Foto - Iqa Atiqah |
Lebam di pipi mangsa | Foto - Iqa Atiqah |
Kesan darah kering di bibir mangsa | Foto - Iqa Atiqah |
Kesan lebam pada telinga kiri dan belakang kepala mangsa | Foto - Iqa Atiqah |
Kesan kecederaan di leher mangsa | Foto - Iqa Atiqah |
Luka di bahagian kaki kanan mangsa | Foto - Iqa Atiqah |
Selepas benjol surut ada kesan lecur yang telah jadi keropeng | Foto - Iqa Atiqah |
Pengasuh yang dikehendaki | Foto - Iqa Atiqah |
from The Reporter https://ift.tt/2Kn5lle
via IFTTT