'Andai kata tak dapat anak juga, abang terpaksa kahwin lain' - Menangis isteri mendengar kata suaminya


Setiap pasangan mengimpikan zuriat mereka sendiri. Sama ada cepat atau lambat, itu ketentuan dariNya. Namun, masih ada juga segelintir orang tidak faham dan menggesa perkara seperti ini dipercepatkan. Tindakan seperti itu menyebabkan pasangan terutamanya isteri berasa tertekan.

Perkongsian kisah rumah tangga dari The Usop Ibrahim ini, membuatkan ramai netizen yang mengeluh kesal dengan tindakan suami dan keluarganya yang begitu mendesak dan mengongkong si isteri dengan cara yang agak keterlaluan. 

TADI aku baru lepas bersembang dengan member lama aku, perempuan. Selepas jumpa dia, aku jadi marah sangat. Tetapi aku mampu mendengar dan bagi nasihat. Lama dia bercerita, sampai menangis atas perkahwinan sendiri. Makan hati setiap hari. 


Member aku ini dah kahwin enam tahun. Selama enam tahun ini, punyalah kasihan hidup bersuamikan lelaki ********, dapat bapa dan ibu mertua yang pemikiran kolot nak mamp*s. 

Bayangkan, kau bekerja untuk membayar hutang suami. Nak beli barang keperluan untuk diri sendiri pun tak dapat sebab katanya, isteri kena saling membantu.

Keluar rumah, tak boleh. Balik kerja, kena melayan suami. Duduk di rumah saja boleh tengok tv. Kalau keluar, habis duit. Walaupun nak keluar berjumpa dengan kawan perempuan dari kecil untuk minum pun tak boleh.

Tapi bila dia balik kerja, boleh pula keluar berjumpa dengan kawan-kawan dia untuk mengeteh, sebab ada urusan katanya. Isteri pula duduk di rumah menjadi tunggul. Tak ke babi?


Gaji isteri, suami yang pegang. Katanya senang keluar masuk duit, dia tahu dan boleh uruskan dengan baik. Jantan jenis dress up baju pagoda, kopiah atas kepala ini kau janganlah percaya. Duit suami duit isteri, duit isteri duit isteri. Tak faham konsep ini, kau jangan kahwin lahanat. 

Enam tahun berkahwin tak ada anak lagi. Kau bayangkan eh, ibu mertua dia boleh push suruh ada anak juga. Macamlah ibu dia tu boleh hidupnya nyawa budak dalam rahim orang. Kau bodoh ke saja buat tak tahu yang memberi anak ini adalah kerja Tuhan? 

Member aku ini punyalah tertekan sampai pergi berubat, berurut, usaha juga nak mendapatkan anak. Sekali ibu mertua cakap apa? 

"Itulah lain kali sebelum kahwin, check dulu bakal isteri mandul ke tidak." 

Kau terjemah ayat ini ke loghat ******** lagi rasa nak pukul orang tua itu. Suami yang bingai itu pula boleh ajak dia berbincang. 

"Andai kata tak dapat anak juga, abang terpaksa kahwin lain. Abang nak zuriat." 


Menangis member aku ni dengar kata-kata suaminya. Tak tahu nak bagi reaksi macam mana.

Punyalah kaki control suami dia ini. Ada sehari itu, member aku ini pergi berjumpa dengan kawannya, Aqiqah. Pergi senyap-senyap sebab dia memang nak datang juga. Sekali kantoi, kantoi macam mana? Laki dia check mileage kereta, lebih dari sepatutnya. Terus bergaduh. Tak ke gila jantan macam ni? 

Member aku ini, mak dah tua, ayahnya pula sudah lama meninggal dunia. Anak sulung, kasihan betul la. Ikutkan setan aku, memang aku suruh dia pergi mahkamah saja. Tapi bila fikir dengan jernih, hanya dia yang boleh membuat keputusan. Aku tak ada hak nak campur. Hanya boleh dengar dan beri pandangan. 

Mental torture ini lagi teruk sebab tak nampak kesan di luar. Aku tak boleh nak positif sangat dalam hal sebgini sebab alasan manusia boleh berubah ini tidak semestinya berakhir dengan baik. Yang pahit itu baru dia reti bahasa. Macam itu gaya nak mamp*s barulah berubah kot. 

Takkanlah isteri tak boleh mengandung lagi, terus rasa dia serba serbi kekurangan? Padahal anak itu rezeki yang kita tak tahu perancangannya macam mana. 

Jangan kau petik hadis Nabi suruh taat pada suami saja. Tengok suaminya macam mana untuk kau hormat dan ikut perintahnya. Jangan kau lupa ada hadis juga suami yang tak ikut perintah Allah patut dilawan. 


Entahlah, penat dah aku taip. Yang penting lelaki ******** ramai tak guna. Aku harap masalah member aku ini dapat diselesaikan dengan baik. Kesian. Serius aku kesian gila. Tengok riak muka nampak bahagia, rupa disebaliknya derita. 

Sebenarnya berbalik pada diri masing-masing. Bukan salah pada negeri kelahiran pun. Tetapi jangan ******** la, itu saja.

Tak, aku cerita ini bukan nak menakutkan orang. Cuma kena beringat, bukan semua orang bahagia dalam perkahwinan. Jangan sangka semuanya indah. Tahu hak masing-masing, sebab itu dalam kursus kahwin jangan tidur. Tanyalah undang-undang syariah itu semua. Ini dok sembang blue saja apa kejadahnya. 



from The Reporter https://ift.tt/2L22RZM
via IFTTT