Mayat seorang guru wanita yang dipercayai mengalami kemurungan dan tekanan ditemui selepas jatuh dari tingkat lima sebuah pusat beli-belah di Ipoh, Perak, hari ini, lapor Berita Harian.
Dalam kejadian jam 3.50 petang, mayat Liew Kit Mooi, 36, ditemui di kawasan berhampiran laluan kereta pusat beli-belah dalam keadaan terlentang oleh orang awam yang kemudian memaklumkan kejadian itu kepada polis.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby berkata, siasatan awal pihaknya tidak menemui sebarang unsur jenayah di lokasi kejadian. Malah ada saksi yang mendakwa ternampak wanita terbabit terjun daripada tingkat lima.
"Pemeriksaan terhadap mayat tidak menemui apa apa elemen berunsur jenayah dan mangsa dipercayai terjun dari tingkat lima dan jatuh terlentang serta meninggal dunia di tempat kejadian.
"Barang mangsa seperti beg duit dan rantai tangan juga tidak terusik," katanya ketika dihubungi hari ini.
Difahamkan, saksi kejadian yang juga pengawal keselamatan di pusat beli-belah itu mendakwa ternampak Kit Mooi di tingkat lima bangunan dan menegurnya agak tidak berlegar di kawasan tersebut. Malangnya, Kit Mooi kemudian terus terjun.
Suami mangsa yang berada di tempat kejadian mengesahkan mendiang isterinya mengajar di sebuah sekolah di Pasir Puteh dan pernah mengalami kemurungan.
Suaminya bagaimanapun tidak menyalahkan mana-mana pihak dan percaya mendiang isterinya mengalami tekanan yang teruk serta tidak dapat menerima beban kerja yang banyak selepas mengalami kemurungan.
"Difahamkan, mangsa yang mempunyai dua anak dan menetap di Pengkalan Tiara, di sini baru minggu lalu mendapat rawatan di hospital dan pada hari ini, selepas tamat sekolah menghantar anak ke kelas tambahan sebelum ke pusat beli-belah berkenaan," katanya.
"Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk dibedah siasat yang akan dilakukan esok," katanya.
from The Reporter https://ift.tt/2NXQrQi
via IFTTT