Tweet yang dimuat naik oleh Naib Ketua UMNO Bahagian Seputeh itu seolah-olah memberikan gambaran dia bersyukur dengan kematian ahli DAP itu.
"Matinya seorang yang suka fitnah dan hati busuk kepada Rakyat Malaysia! Kurang lagi kaki fitnah! Aman Malaysia! RIP," tulisnya.
Eddie Ng dilaporkan maut dalam kemalangan ketika dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menghadiri majlis makan malam di Kuala Lumpur.
Tweet itu juga mendapat perhatian dari Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang kesal dengan tindakan tidak beradab pemimpin UMNO itu.
"Orang Melayu tak dididik untuk menghina mangsa kemalangan. Dia ada keluarga, ada maruah yang perlu dijaga.
"Kalau inilah UMNO baru, memang jauh sekali dari peradaban Melayu. Budi bahasa budaya kita," ujarnya.
Pemimpin UMNO, Zaidel Baharuddin turut membantah kenyataan Razlan yang jelas sekali bersikap kurang ajar.
"Saya bantah sikap kurang ajar dan dangkal ini. Islam tidak pernah mengajar umatnya untuk punyai akhlak seperti ini, memperlekeh, menghina mendiang dan keluarganya.
"Ini antara sebab mengapa rakyat benci UMNO. Sikap bongkak dan enggan mohon maaf ini harus ditolak," tulisnya.
Bagaimanapun, selepas dikecam hebat oleh pelbagai pihak, akhirnya Razlan tampil memohon maaf di atas tweet kurang ajarnya itu.
Dalam tweet terbarunya, Razlan memohon maaf kepada keluarga mendiang dan telah memadamkan tweet sensitif itu.
"Saya ucapkan takziah kepada Keluarga dan Bersimpati kepada pemergian YB Eddie, maaf kepada keluarga mendiang. Semoga tenang di sana," tulisnya pada jam 3.16 petang tadi.
Saya ucapkan takziah kepada Keluarga dan Bersimpati kepada pemergian YB Eddie, maaf kepada keluarga mendiang ... Semoga tenang di sana ... @mkini_bm @dapmalaysia @fmtoday— Razlan (@razlanrafii) July 20, 2018
from The Reporter https://ift.tt/2LCIcb3
via IFTTT