Pasangan suami isteri masing-masing berusia 26 tahun dan 25 tahun dari Bijie, China itu mengambil keputusan untuk bertemu dengan doktor pada awal tahun ini untuk menjalani pemeriksaan jika mereka mempunyai masalah untuk mendapatkan zuriat.
Pakar Obstetrik, Dr Liu Hongmei yang menjalankan pemeriksaan kesihatan terhadap pasangan itu terkejut apabila si suami menjelaskan cara mereka melakukan persetubuhan.
Menurut si suami, mereka selalu mengadakan hubungan seks dan isterinya juga mengalami kesakitan yang luar biasa setiap kali mereka bersama. Namun begitu, dia sanggup menahannya dengan harapan dapat hamil.
Berdasarkan penjelasan pasangan itu, doktor pada awalnya percaya si isteri berkemungkinan mempunyai sejenis penyakit ginekologi. Namun selepas menjalani pemeriksaan, ternyata si isteri masih dara.
Doktor kemudian memeriksa dubur wanita itu dan yakin permasalahan pasangan itu sudah terjawab di mana selama ini si suami tersilap 'pintu' dan lebih lebih mengejutkan kesilapan itu diulangi selama empat tahun.
Dr Hongmei kemudian menyerahkan buku panduan seks kepada pasangan itu sebelum membenarkan mereka pulagn ke rumah.
Beberapa bulan kemudian, wanita itu dikhabarkan telah hamil. Gembira dengan perkhabaran itu, pasangan berkenaan telah menghantar 100 biji telur ayam dan seekor ayam hidup kepada doktor berkenaan yang kini telah bersara, sebagai hadiaah kepada hospital tempat kerjanya dulu.
Sumber: MetroUK, mStar Online
from The Reporter https://ift.tt/2PE30kS
via IFTTT