Axia ditembusi besi penghadang jalan


Seorang pemandu Perodua Axia maut selepas keretanya ditembusi besi penghadang jalan dalam kemalangan yang berlaku di Kilometer 30.9 Lebuhraya PLUS dari arah selatan, awal pagi tadi, lapor Harian Metro.

Dalam kejadian jam 4.20 pagi Ahad, mangsa, Mohd Hanafi Mohamed Shariff, 28, maut di lokasi kejadian, manakala penumpang di bahagian hadapan, Muhammad Tauhid Idris, 31, mengalami kecederaan ringan. 

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Dzulkhairi Mukhtar, berkata kemalangan membabitkan Perodua Axia yang dipandu lelaki itu bersama seorang penumpang yang terbabas melanggar besi penghadang jalan di sebelah kiri jalan menghala ke Johor Bahru.

"Hasil siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu kereta terbabit hilang kawalan sebelum terbabas melanggar besi penghadang di sebelah kiri jalan menghala ke Johor Bahru.

"Akibat kemalangan itu menyebabkan besi penghadang yang dilanggar menembusi kereta mangsa dari depan ke belakang," katanya.

Kedua-dua mangsa yang berasal dari Negeri Sembilan mengalami kecederaan itu dibawa ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, Kulai, dan pemandunya disahkan sudha meninggal dunia dan bedah siasat akan dijalankan bagi mengenal pasti punca kematiannya. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


from The Reporter https://ift.tt/2L7K5uY
via IFTTT